Sunday 30 October 2011

Berposing di dataran depan Masjid Besi





















Tatkala Rindu Bertamu Siri 4

Sinopsis

 Hilang di mata tetapi tidak di hati. Walaupun hanya dalam mimpi, tetapi hati ini tidak mampu untuk menagkis rindu yang bertandang. Indah dirasa tetapi batin yang menanggung tidak terkata perinya. Mahu diusir tetapi apakan dayaku ini terbatas.


Ana amat mengerti akan takdir yang telah menimpa arwah ayahnya. Dia juga sudah mengerti akan perjalanan hidup yang perlu dilaluinya tanpa arwah ayahnya di sisi. Cuma kadangkala dia terlalu rindu akan kasih sayang daripada bapa.


Ulasan saya

Buku novel ini adalah salah satu koleksi novel kesukaan saya. Abah membeli novel ini ketika umur saya 6 tahun, sebelum saya dan keluarga berpindah ke Putrajaya. Saya menghabiskan buku ini selama 3 hari. Buku ini dapat mengajar saya tentang keiklasan, sopan santun dan suka menolong orang.


Saturday 29 October 2011

Apa yang anda lihat pada gambar ini


Pisang

Pisang merupakan sumber vitamin B6 dan penting bagi menghasilkan serotonin dalam otak. Serotonin berfungsi untuk mengurangkan rasa sakit, mengawal nafsu makan dan memberi rasa relaks serta mengurangkan rasa ketegangan. Pisang mengandungi  banyak karbohidrat, sedikit karotin, vitamin C serta kaya dengan potassium. Dalam perubatan tradisional pisang makan menyembuhkan bisul perut.

Tuesday 25 October 2011

Lihat susun dadu ini, menegak atau melintang


Masjid Negara


Masjid Negara Malaysia terletak di Kuala Lumpur . Dibina antara 1963 dan 27 Ogos 1965 , Masjid Negara merupakan lambang keagungan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia. Ia boleh menampung seramai 15,000 orang jemaah.

Masjid Negara terletak bersebelahan Stesen Keretapi Malaysia , Bangunan Daya Bumi , Pos Besar Malaysia , Muzium Kesenian Islam , Taman Burung Kuala Lumpur dan berdekatan Taman Tasik Perdana . Kawasan Masjid Negara seluas 13 ekar dan bangunan utamanya memenuhi lebih kurang 3 ekar. Seluruh kawasan masjid di kelilingi sebahagiannya oleh tembok konkrit dan sebahagiannya lagi oleh pagar berhias. Semuanya terdapat tujuh buah pintu masuk.Kemudahan untuk pelancong bukan islam juga disediakan seperti tandas awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang terletak berdekatan pintu masuk khusus pelancong luar dan dalam negara.

Sebelum terbinanya Masjid Shah Alam, Masjid Negara merupakan salah sebuah masjid yang paling moden di Asia Tenggara. Ia terletak di kawasan seluas 13 ekar, bertentangan pula dengan Perhentian Keretapi Kuala Lumpur. Pembinaan Masjid Negara ini melambangkan semangat perpaduan dan toleransi.

Hasrat untuk membina masjid ini timbul sebulan sebelum hari kemerdekaan. Sebuah majlis yang dahulunya dikenali sebagai Majlis Kerja Persekutuan memutuskan untuk mendirikan sebuah masjid sebagai tanda penghargaan kepada bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, terhadap jasa-jasanya kepada rakyat. Selepas mencapai kemerdekaan, Majlis Raja-Raja memperkenankan projek tersebut. Bagaimanapun, Tunku tidak mahu masjid dinamakan sempena namanya, tetapi sebaliknya mencadangkan ia dinamakan “Masjid Negara”.

Friday 21 October 2011

With the size as  a rhinoceros, the hippopotamus rivals rhinoceros as the second  biggest land animal. It may be surprising, but being a fat animal, the hippopotamus is a plant eater. Its ears, eyes, and nose are situated high up on the face allowing them to be totally submerge water, since they spend most of the day lying in the water. Hippopotamus  lives in a group and can live up 50 years.

Telatah Adikku Nur Qistina