Thursday 17 May 2012

"Hari Guru"

 Hari ini
   adalah hari kita
   menjunjung amanah
   sandaran harapan insan berjuta
   memikul misi murni
   mengasuh mendidik
   tunas bangsa
   harapan nusa.

Hari ini
   adalah hari yang menuntut kita
   bertafakur
   apakah tiang azam
   masih tegak kukuh
   apakah perdu semangat
   tak tergoncang ribut
   ataukah langkah kita
   sudah pincang tertusuk
   duri-duri duga?

Hari ini
   ada bunga dikalungkan
   ada puji dilafazkan
   ada jasa dikenang
   ada salam dihulur
   tanda hormat
        pada insan yang bergelar GURU.

nukilan Selina S.F. Lee

Thursday 3 May 2012

Ana Bagaikan Puteri Siri 2

Sinopsis

"Mengapa saya masih berasa belum cukup"

Ana mundar-mandir di dalam bilik peraduannya, lalu dia terdampar di pembaringan. Hatinya terasa sebak. Air mata mula menakung di kelopak mata.


"Adakah saya akan hidup bersendirian di dalam istana indah ini?"


Suara itu menjawab dengan jelas. "Ya, bergembiralah di sini. Kamu akan dapat apa yang dihajatkan."


"Tetapi.... di mana keluarga saya? Kawan-kawan saya? Saya rindukan mereka!"


"Bukankah ini yang kamu impikan? Menjadi seorang puteri yang memiliki segala kemewahan dan keindahan. Jauh dari segala gangguan yang membuat kamu letih, penat dan lelah?"

Ulasan Saya

Novel ini saya minta abah saya belikan selepas saya membaca siri pertama. Kisahnya dalam novel ini mengajar saya bahawa kasih sayang sesama kita tidak dapat dibandingkan dengan harta kemewahan. Kasih sayang antara manusia adalah anugerah Allah yang perlu kita jaga. Apabila kita hilang kasih sayang... maka hilanglah sifat kita sebagai manusia.