Wednesday 19 September 2012

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Untuk Abah & Mama

Pada 19 September 2012 adalah genap 9 tahun perkahwinan Abah dan Mama. Kini saya sudah ada 2 orang adik. seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan. Pada tarikh tersebut Abah ajak kami makan malam di Nando's Alamanda, Putrajaya. Terima kasih abah dan Mama kerana menjaga kami dengan penuh kasih sayang. I LOVE ABAH & MAMA



















Friday 7 September 2012

Budak Perempuan Ketagih Minum Petrol


Sekiranya menghidu petrol tidak cukup bahaya, temuilah budak perempuan yang meminumnya.

Mengangkat bekas merah minyak itu di depan kamera, budak perempuan bernama Shannon menunjukkan demonstrasi ketagihannya meminum petrol untuk rancangan televisyen TLC My Strange Addiction.

“Ia mendebarkan pada mulanya dan kemudian ia membakar belakang tekak saya,” kata Shannon menjelaskan tabiatnya meminum bahan itu sehingga 12 sudu teh sehari.

“Walaupun ia menyakitkan, ia buat saya rasa selesa,” katanya sama ada menjilat penutup atau meminumnya terus daripada bekas itu yang dikatakan menjadi kegemarannya.

Ibunya berkata, dia pada mulanya tidak percaya ketika mendengar tabiat anaknya itu tetapi kemudian dia terhidu bau minyak itu pada nafas anak perempuannya.

“Saya ambil penutup dan saya hidu bau yang keluar dari bekas itu,” kata Shannon menunjukkan tabiatnya.

TLC menganggarkan Shannon telah mengambil lebih lima gelen petrol untuk tahun lalu saja.

“Meminum petrol boleh menyebabkan terbakar, muntah, cirit-birit dan jika diambil dalam jumlah besar menyebabkan pening atau kematian,” tulis Jabatan Kesihatan New York. Minyak petrol adalah bahan toksik.

Ketagihan Shannon menghirup petrol timbul beberapa hari selepas seorang lelaki di Carolina Utara mati selepas terminum cecair sama dalam sebiji balang tanpa sengaja

Sumber: http://mynewshub.my/

Akibat Simpan Tin Cola Di Dalam Freezer


Akibat Simpan Tin Cola Di Dalam Freezer | 25 ogos yang lalu, seorang kanak-kanak menderita luka di mulut dan pipinya, akibat tin coca cola-nya meletup kerana disimpan di freezer. Dan dia terpaksa menerima 38 jahitan, 31 jahitan di pipi dan 7 jahitan di bibir dan mulut.

Sadisnya luka itu.. Bayangkan betapa deritanya dia apabila kejadian itu berlaku.. Nasib baik pecahan tin coca cola itu tidak mengenai matanya. Ibu si anak ini telah menyebarkan foto ini, agar kejadian serupa tidak akan berulang lagi kepada sesiapa pun…

Ada tak sesiapa yang gemar menyimpan tin coca cola dalam freezer dengan alasan agar cola itu sejuk dan lebih enak diminum? Dan terlupa sehingga tin itu keras? Fikir dua kali setelah membaca entri ini

Saya Nak Jadi Anak Soleh


"Barangsiapa yang mengharapkan pertemuannya dengan Allah, maka hendaklah ia beramal salih dan tidak mempersekutukan Tuhannya dengan sesiapapun dalam ibadahnya." Al-Kahfi : 10

Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

1. Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

"Dan pada sebahagian malam, lakukanlah solat tahajud sebagai suatu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ketempat yang terpuji." Al-Isra' : 79

2. Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari

Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

" Sekiranya ada suatu bacaan dengannya gunung-ganang menjadi goncang, bumi menjadi terbelah, atau orang yang sudah mati dapat berbicara, tentu bacaan itu adalah al-Quran." Ar-Ra'd : 31

3. Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh.

Sebelum melangkah ke mana pun langkahkanlah kaki ke masjid dulu, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

4. Jaga solat dhuha,

kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

5. Jaga sedekah setiap hari.

Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

"Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan kerana keteguhan jiwa mereka adalah seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka pohon itu menghasilkan dua kali ganda. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis pun memadai. Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan." Al-Baqarah : 265

6. Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu'.


Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu sentiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

7. Amalkan istighfar setiap saat.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir hati kita akan menjadi tenang.

"Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ketahuilah, hanya dengan mengingati Allah lah, hati akan tenteram." Ar-Ra'd : 28

Sumber: http://sheluvallah.blogspot.com/