Monday 30 September 2013

Resepi Kari Ikan Abah

Ini bukan gambar sebenar, saya tidak sempat ambil gambar  kari ikan yang abah masak, sebab masa tu kami sedang menikmati kelazatan resepi Kari Ikan Abah
 
Hari Ahad lepas abah ajar saya masak kari ikan semasa abah bujang dulu (masa belajar dulu-dulu). Kari ikan yang abah nak ajar ini ada perubaha sedikit, sebab ada penambahan dari rempah special dari kawan arwah Tok Man (Abah punya ayah). Rempah ini abah namakan Rempah Ali Taiping. Apabila saya, qistina, dan mama makan kari abah masakan, rasanya sangat sedap. Muhamad si bijak tu pula makan bertambah-tambah. OK mari saya tunjukan bagaimana cara memasakannya.
 
Bahan-Bahan:
  1. 6 ekor ikan kembung sederhana besar
  2. 8 ulas bawang merah dan dihiriskan
  3. 5 ulas bawang putih dihiriskan
  4. 5 Sudu besar rempah kari ikan
  5. 1 Sudu besar rempah Ali taiping
  6. ½ gelas air asam jawa
  7. 2 tangkai daun kari
  8. 2 biji tomato
  9. 8 biji kacang bendi
  10. 1 Kotak santan
  11. Halba Campur
  12. Garam bukit secukup rasa
Cara
 
Panaskan minyak dan masukkan halba campur. Apabila berbau harum, dengan cepat masukan bawang yang dihiris untuk menumis dan daun kari Kemudian masukkan rempah kari ikan rempah Ali bersama-sama air asam jawa. Masak sehingga hilang bau rempah, masukkan sedikit air supaya rempah tidak kering. Kemudian tambah Santan dan 2 cawan air, biar sehingga mendidih. Lebih kurang 5 hingga 10 minit masuk ikan. Biarkan ikan itu masak dan masukan tomato dan bendi. Akhir sekali masukan garam bukit sehingga rasanya memuaskan biarkan sehingga 2-3 minit. Cubalah

Friday 27 September 2013

Khasiat Vitamin B1, B6 Dan B12

Terkadang kita jadi mudah sengal-sengal setelah bekerja berat atau bersenam. ada juga orang yang mudah pegal walaupun tidak bekerja apa-apa. mungkin saja sengal yang paling akhir ini di sebabkan kerana faktor kekurangan sejumlah Vitamin b1, Vitamin b6 serta Vitamin b12. ketiga-tiganya Vitamin tersebut sangat diperlukan tubuh untuk metabolisme karbohidrat, lemak serta protein menjadi tenaga. juga khasiat untuk memelihara rangkaian saraf-saraf. Namun tak hanya berperanan untuk metabolisme saja, ketiga Vitamin ini juga berguna pada beberapa bahan makanan yang kita jumpai didalam kehidupan sehari-hari

Faedah Dan Khasiat Dari VIT. B1, B6 serta B12 tersebut ?

Sumber Vitamin B: beras merah, kuning telur, ikan, kacang-kacangan serta gandum

Khasiat: membuat lancar metabolisme membuat lancar peredaran darah mengoptimumkan kegiatan kognitif serta manfaat otak mengelak terjadinya rusaknya saraf memulihkan masalah saraf pusat serta pinggir

Sumber Vitamin B6: ragi kering, daging, hati, ginjal, ikan, lemak, kacang-kacangan, beras tumbuk

Khasiat: membuat lancar metabolisme menolong penghantaran impuls saraf menambah kekebalan tubuh melindungi keseimbangan garam-garam mineral menolong sintetik rna serta dna
 

Vitamin B12 bersumber : hati, ikan, susu serta olahannya, daging, telur serta rumput laut

Khasiat: mengelak rosaknya saraf membentu pembentukan sel darah merah membuat lancar metabolisme sistem tubuh merubah karbohidrat, protein serta lemak jadi tenaga yang jelas, makan makanan berkhasiat.

Tuesday 24 September 2013

Vitamin A
 
Vitamin A atau dikenal juga dengan nama Retinol merupakan vitamin yang sangat diperlukan tubuh. Selama ini, kebanyakan dari kita hanya mengenal vitamin A sebagai vitamin yang berfungsi menjaga kesihatan mata, sehingga ia dikenali sebagai vitamin mata. Namun sebenarnya, fungsi dari vitamin ini sangatlah banyak.
 
Vitamin A merupakan vitamin yang larut dalam lemak. Didalamnya terdapat Retinol yang mempunyai peranan paling banyak dalam tubuh.
 
Berikuti ini adalah beberapa manfaat vitamin A:
 
Vitamin A sangat berperanan dalam pembentukan deria penglihatan. Vitamin ini akan membantu mengubah isyarat molekul dari sinar atau cahaya yang diterima retina untuk menjadi suatu unjuran gambar di otak kita.
 
Vitamin A boleh membantu sel untuk membiak secara normal. Jika sel-sel tersebut tidak membiak secara normal, boleh berubah menjadi pra-kanser.
 
Vitamin A juga sangat baik bagi ibu hamil. Kerana dapat membantu pertumbuhan dan perkembangan embrio dan janin, serta akan mempengaruhi gen untuk perkembangan organnya.
 
Vitamin A melindungi tubuh dari inveksi organisma asing seperti bakteria patogen. Vitamin ini akan meningkatkan aktiviti kerja dari sel darah putih dan antibodi di dalam tubuh, sehingga tubuh menjadi lebih tahan terhadap kompaun toksin ataupun serangan mikroorganisma parasit
 
Pelbagai Peranan Vitamin A dalam tubuh, seperti berikut:
  1. Penglihatan
  2. Penyalinan Gen
  3. Fungsi imunisasi
  4. Perkembangan janin dan pembiakan
  5. Metabolis tulang
  6. Haematopoiesis
  7. Kesihatan kulit
  8. Aktiviti antioxidant
Sumber Vitamin A
  • Lobak Merah. Sayur-sayuran berwarna oren ini memang kaya akan vitamin A. Satu lobak saiz sedang mengandung 200% daripada keperluan rata rata vitamin A orang tiap hari. Selain itu juga lobak mengandungi vitamin C, K, dan B, juga magnesium dan serat.
  • Salad. Satu cawan salad yang diparut mengandung 361 IU vitamin A dan 10 kalori.
  • Ubi Jalar. Ubi jalar menyediakan 438% daripada keperluan rata-rata orang dewasa. Iaitu untuk saiz ubi jalar sedang mengandung 21909 IU.
  • Minyak hati ikan Kod. Minyak hati ikan kod mengandungi banyak vitamin dan mineral diantaranya adalah vitamin D, omega 3 dan vitamin A. Satu sudu makan minyak hati ikan kod mengandungi 14000 IU vitamin A
  • Lada Merah. Rempah rempah ini menambah rasa makanan dan tentu menambah vitamin A. dalam 1 sudu makan lada merah terkandung 2018 IU vitamin A atau kira-kira 42% keperluan sehari vitamin A
  • Hati Ayam Belanda. Dalam 100 gram hati ayam belanda penuh dengan 75333 IU vitamin A atau 1507% dari nilai harian rata rata keperluan vitamin A.
  • Lada. Satu sudu menyediakan 69% daripada jumlah harian vitamin A yang disyorkan. Lada juga merupakan sumber Vitamin C, kalium dan kalsium
  • Mangga. Buah yang terasa manis ini dalam 1 cawan hirisan mangga menyediakan kira-kira 1785 IU atau sekitar 36% daripada keperluan rata-rata harian vitamin A.
  • Susu. Secawan susu mengandungi pelbagai nutrisi seperti kalsium, protein, Vitamin D dan A. I cawan susu mengandungi 395 IU vitamin A.
  • Butternut. Warna kuning-oren butternut adalah tanda tinggi dalam beta karotena, yang ditukar menjadi Vitamin A dalam tubuh. Dalam 1 cawan butternut mengandung 22868 IU vitamin A
  • Kacang Pea. Satu hidangan kacang pea (setengah cawan) menyediakan 134% dari jumlah rata-rata harian Vitamin A yang disyorkan.
  • Lobak Putih. Satu cawan lobak yang dicincang mengandungi 6373 IU vitamin A.
  • Buah Aprikot kering. satu cawan kering aprikot mengandungi 94% daripada jumlah rata-rata harian Vitamin A yang disyorkan.
  • Tomato. Sebuah tomato ukuran sedang 20% daripada keperluan Vitamin A untuk sehari. Tomato juga merupakan sumber Vitamin C dan Likopen.
  • Bayam. Satu cawan bayam mengandungi 2464 IU vitamin A. atau sekitar 49% keperluan harian vitamin A. Selain itu bayam mengandungi Vitamin C, Vitamin K, mangan, besi, dan kalsium .
  • Betik. Sebuah betik saiz kecil mengandungi 1444 IU Vitamin A (29% DV). Buah tropika ini juga kaya beberapa vitamin, mineral, enzim, dan antioksidan.
  • Hati Lembu. 100 gram hati lembu mengandungi lebih dari 300% daripada pengambilan Vitamin A penting untuk sehari (16898 IU)

Monday 8 July 2013

Hidung: Alat Deria Hidu

Pernahkah kamu mencium aroma sedap atau bau harum? Ketika melalui kawasan penjual makanan, kita akan tehidu aroma masakan yang sedap. Begitu juga ketika melalui taman bunga yang sedang mekar, tentu aroma harum dan wangi akan terhidu melalui. Tidak terkecuali semasa melalui kawasan longgokkan sampah yang sudah membusuk, bau yang tidak sedap akan menyengat ke dalam hidung. 
 
  
Di bahagian bawah dibahagikan oleh penyekat dari tulang rawan. Rongga hidung ditumbuhi rambut yang berfungsi untuk menyaring udara yang masuk ke hidung. Hidung juga menghasilkan lendir melekat yang berfungsi mengeluarkan kotoran.
Bahagian-Bahagian Hidung dan Fungsinya
  1. Lubang hidung berfungsi untuk keluar masuknya udara
  2. Rambut hidung berfungsi untuk menyaring udara yang masuk ketika bernapas
  3. Selaput lendir berfungsi tempat menempelnya kotoran dan sebagai indra pembau
  4. Serabut saraf berfungsi mendeteksi zat kimia yang ada dalam udara pernapasan
  5. Saraf pembau berfungsi mengirimkan bau-bauan yang ke otak
Cara kerja hidung adalah sebagai berikut.
 
Rangsang (bau) --> lubang hidung --> epitelium olfaktori --> mukosa olfaktori --> saraf olfaktori --> talamus --> hipotalamus --> otak.
                                                                     Petunjuk
                                                                1. Rongga Hidung
                                                                2. Saraf yang menghubungi ke otak
                                                                3. Tulang kerang hidung atas
                                                                4. Tulang kerang hidung tengah
                                                                5. Tulang kerang hidung bawah
Apakah yang menyebabkan bersin?
Jika lubang hidung kemasukan suatu kotoran, maka selaput lendir akan terangsang sehingga menimbulkan rasa geli. Oleh kerana itu, terjadilah bersin sehingga kotoran akan terbawa keluar. Di rongga hidung bahagian atas terdapat sel-sel reseptor atau ujung-ujung saraf pembau. Ujung-ujung saraf pembau ini timbul bersama dengan rambut-rambut halus pada membran mukus yang berada di dalam rongga hidung bahagian atas.
 
Pernahkah kamu sakit flu? Saat menderita flu, bolehkah kamu mencium bau dengan baik? Tentu saja kamu tidak dapat membau dengan baik. Mengapa demikian? Kerana selaput hidung yang membengkak dan berlendir menyebabkan indra pembau tertutup oleh lendir. Akibatnya, indra pembau tidak dapat menerima rangsang bau dengan baik. Jika kamu sakit flu, maka apa yang akan kamu lakukan agar hidungmu dapat berfungsi normal kembali?
Cara Kerja Hidung
Bagaimana proses hidung membau suatu aroma atau bau? Sebagai benda gas, bau berbaur menjadi satu dengan gas-gas yang lain di dalam udara. Saat kita menghirup udara pernafasan, bau tersebut ikut masuk ke dalam hidung. Di rongga hidung, bau akan larut di dalam lendir. Selanjutnya, rangsangan bau akan diterima oleh ujung-ujung saraf pembau serta diteruskan ke pusat penciuman dan saraf pembau. Oleh otak, rangsang tersebut ditanggapi sehingga kita dapat mencium bau yang masuk hidung.
Kelainan pada Hidung
Sebagai indra pembau, hidung boleh mengalami gangguan. Akibatnya, kepekaan hidung menjadi berkurang atau bahkan tidak dapat mencium bau suatu benda. Contoh gangguan-gangguan yang dialami hidung, antara lain, selsema (tersumbatnya saluran pernafasan), polip (daging tumbuh di dalam rongga hidung), dan rusaknya saraf pembau akibat kecederaan pada kepala.
Memelihara Kesihatan Hidung
Hidung yang sihat akan berfungsi dengan baik. Beberapa cara merawat hidung agar tetap sihat, antara lain, sebagai berikut.
Pembersihan hidung secara rutin. Sebaiknya kita membersihkan hidung setiap hari. Hidung menjadi kotor kerana udara yang kita hirup mengandung debu. Membersihkan hidung sebaiknya menggunakan kapas.
Menutup hidung saat berada pada lingkungan yang kotor. Misalnya, persekitaran yang berdebu, banyak asap rokok, dan asap kenderaan.
 
Segera berobat ke dokter jika mengalami gangguan pada hidung. Gangguan dalam waktu lama boleh merosakkan fungsi hidung.

Thursday 4 July 2013

Resepi Bubur Nasi Ciptaan Abah Semasa Saya Demam

Minggu ini saya, Qistina, Baby Muhammad termasuk Abah mengidapi demam dan batuk batuk. Abah dan Mama sangat risau tentang kesihatan kami. Saya yang paling teruk demam. Abah sukat suhu saya selalu. Suhu\ badan saya antara 39°C hingga 40.5°C. Selera makan saya sudah kurang. Abah kata kakak perlu makan, untuk menambah tenaga bagi melawan demam. Saya meminta abah memasak bubur nasi. Abah bersetuju. Setelah bubur nasi masak saya makan dengan selera. Saya minta abah salin resepi tersebut untuk saya masukkan kedalam blog. Untuk kegunaan saya bila abah, mama dan adik saya demam nanti. Beikut adalah resepinya


  • Daging ayam secukupnya dipotong kecil.
  • ½ gemgam ikan bilis
  • 1 biji ubi kentang dipotong dadu
  • 1 batang karot dipotong dadu
  • 3 biji bawang putih dihiris nipis
  • 5 biji bawang merah dihiris nipis
  • 1 inci halia dihiris halus
  • 2 sudu besar rempah sup
  • 2 cawan beras dibasuh dan direndam dari 5 hingga 10 minit
  • Lada sulah dan lada hitam untuk rasa sedikit pedas (supaya selera). Abah kata lada hitam amat berguna untuk membunuh virus.
  • 1 ketul chicken kiub
  • Sedikit garam.
  • Daun sup.
 Langkah-langkah memasak
  1. Tumis bawang merah bersama-sama daging ayam dan ikan bilis dengan api perlahan.
  2. Apabila sudah 5 minit masukan 2 cawan air, kemudian masukan rempah sup, bawang putih dan halia.
  3. Apabila rempah tersebut sudah masak dan berbau harum masukan kentang dan karot dan tambahkan air. Dan masukan 1 ketul chicken kiub
  4. Kemudian masukan garam, lada sulah dan lada hitam secukup rasa supaya ia menyelerakan.
  5. Kemudian masukan beras dan tambah air secukup dan masak sehingga nasi menjadi bubur.
  6. Apabila siap masak bolehlah hiding bersama daun sup… menyelerakan… cubalah

Friday 15 March 2013

Tergamak Tinggal Anak Di Restoran

Kuching: Malang bagi seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun apabila ditinggalkan ibunya di sebuah restoran di Jalan Gita di sini, semalam.

Kanak-kanak dikenali sebagai Tini Rashid ditinggalkan kepada seorang pekerja di restoran berkenaan pada jam 11 pagi dan ibunya berjanji datang mengambilnya sebaik urusan selesai.

Namun, selepas lebih 24 jam, ibu kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Siti Aishah Abdullah, 32, tidak muncul.

Menurut pekerja restoran dikenali sebagai Milawati, 38, ibu kanak-kanak malang itu berpesan kepada seorang tukang masak restoran supaya menjaga anaknya sementara dia menghadiri kenduri kahwin di rumah saudara.

Katanya, tanpa curiga pekerja berkenaan mengambil tanggungjawab itu kerana menyangkakan ibu kanak-kanak berkenaan akan pulang dalam tempoh terdekat.

“Sehingga jam 6 petang, wanita itu tidak muncul dan saya membuat keputusan membawa dia pulang ke rumah sementara menunggu ibunya datang menjemput.

“Saya mengenali wanita itu dan dia tahu di mana rumah saya. Kanak-kanak ini ditinggalkan sehelai sepinggang dan saya memberikan baju kepadanya untuk lebih selesa,” katanya.

Milawati berkata, dia mengenali ibu bapa kanak-kanak itu kerana mereka mengutip barang kitar semula di sekitar kawasan restoran sebelum menjualnya.

Katanya, keluarga pasangan itu daif apabila menetap di rumah terbiar.

“Lebih 24 jam menunggu dan pasangan berkenaan tidak menuntut anak mereka, saya membuat keputusan melaporkan kepada polis,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan kanak-kanak berkenaan diserahkan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Katanya, kanak-kanak itu di bawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan kesihatan.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/

Monday 14 January 2013

AZAB ALLAH KEPADA TENTERA BERGAJAH YANG AKAN MENGHANCURKAN KA'BAH

Surah al-Fil



 Maksud surah al-Fil
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ اارَّØ­ِيم
Allah SWT berfirman yang bermaksud: Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada tentera (yang dipimpin oleh pembawa gajah, yang hendak meruntuhkan Kaabah)? Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Kaabah) itu sia-sia? Dan Dia menghantarkan / mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong. Yang melempari mereka dengan batu (berasal) daripada tanah yang terbakar. Lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat).

Burung Ababil
  • Dalam surah al-Fil diterangkan bahawa Allah SWT menyelamatkan Kaabah daripada serangan orang kafir yang ingin menghancurkan syiar agama-Nya dengan cara menghantar burung Ababil.
  • Burung-burung itu melempar pasukan bergajah dengan batu panas dan beracun sehingga mereka diserang penyakit dan menemui maut.
  • Pasukan bergajah Abrahah itupun hancur bagai daun kayu dimakan ulat dan mereka akhirnya menemui ajal masing-masing.
  • Abrahah sendiri, menurut salah satu riwayat, menemui ajal ketika sampai di kota asalnya, Sanaa di Yaman.
Pasukan tentera bergajah

  • Kata ashbab al-fil dalam surah al-Fil ayat pertama merujuk kepada pasukan bergajah yang dipimpin oleh Abrahah, gabenor Yaman yang berada di bawah kekuasaan Raja Najashi dari Habsyah.
  • Abrahah dan pasukannya yang menunggang gajah berhasrat untuk menghancurkan Kaabah agar orang Arab tidak lagi menunaikan ibadah haji di sana, tetapi di gereja yang telah dibinanya di Yaman.
  • Sepanjang menuju ke Mekah, Abrahah dan pasukannya mengalahkan semua pihak yang berusaha menghalangi usaha mereka.
  • Sebelum tiba di Mekah, Abrahah bersama pasukan bergajahnya menghantar utusan memberitahu penduduk Mekah bahawa penyerangan dilakukan itu bertujuan untuk menghancurkan Kaabah, bukan untuk memerangi masyarakat kota itu.

Abrahah dan tentera bergajah dihancurkan
Abrahah dan tentera bergajah dihancurkan Allah swt dengan lontaran batu Sijjil daripada neraka yang diriwayatkan sebesar sebiji kacang yang mana telah dibawa oleh burung Ababil. Lontaran batu tersebut bagaikan hempasan peluru berpandu sehingga menghancurkan seluruh tentera bergajah miliknya. Allah swt mengibaratkan mereka seperti daun-daun yang dimakan ulat.

Batu Sijjil


Akar Tumbuhan dan Fungsinya

Akar merupan bahagian tumbuhan yang arah tumbuhnya ke dalam tanah. Umumnya akar berada di dalam tanah dan biasanya berwarna keputih-putihan atau kekuning-kuningan. Bentuk akar sebagian besar meruncing pada hujungnya untuk memudahkan akar menembusi tanah. Akar memiliki beberapa bahagian utama, iaitu inti akar, rerambut akar, dan tudung akar.

Inti Akar: Inti akar terdiri atas pembuluh kayu dan pembuluh tapis. Pembuluh kayu berfungsi mengangkut air dari akar ke daun. Pembuluh tapis berfungsi mengangkut hasil fotosintesis dari daun ke seluruh bagian tumbuhan.
Rerambut Akar: Rerambut akar berbentuk serabut halus dan terletak di dinding luar akar. Fungsi rerambut akar adalah mencjalar di antara butiran tanah, supaya akar dapat menembus masuk ke dalam tanah. Selain itu, rerambut akar juga berfungsi menyerap air dari dalam tanah.

Tudung Akar: Tudung akar terletak di hujung akar berfungsi untuk melindungi akar ketika menembus tanah.

Akar terdiri dari dua jenis, iaitu akar serabut dan akar tunjang.

Akar Serabut

Akar serabut tumbuh di pangkal batang, dan besarnya hampir sama. Tumbuhan yang mempunyai akar jenis ini, umunya tumbuhan jenis daun berselari dan monotil contohnya pakok  rumput, padi, jagung,

Akar Tunjang

Akar tunjang ialah akar besar yang bersambung dengan batang pokok dan mempunyai cabang-cabang dari akar utama. Perbezaan antara akar utama dan akar cabang sangat nyata. Tumbuh berakar jenis ini mempunyai daun jenis berjala dan dikotil contohnya pokok mangga, kembong.

Fungsi Akar

Antara fungsi-funsi akar adalah seperti berikut;

a. Menyerap air dan mineral.

Tumbuhan memerlukan air dan mineral untuk terus, akar digunakan untuk menyerapn air dan mineral dari dalam tanah. Akar akan tumbuh memanjang menuju sumber yang banyak mengandung air.

b. Menahan tumbuhan daripada tumbang.

Akar di dalam tanah berfungsi seperti cerucuk bangunan. Akar membuat tumbuhan dapat berdiri kukuh di atas tanah. Oleh kerana itu, tumbuhan dapat bertahan dari tiupan angin kencang dan hujan lebat.

c. Sebagai alat Pernafasan.

Selain menyerap air dan mineral, akar juga menyerap udara dari dalam tanah. Pada tanah terdapat pori-pori. Melalui pori-pori tersebut akar tumbuhan memperoleh udara dari dalam tanah.

d. Sebagai penyimpanan makanan.

Pada tumbuhan tertentu, seperti ubi kayu, akar digunakan sebagai tempat menyimpan makanan. Biasanya, akar pada tumbuhan tersebut akan membesar seiring banyaknya makanan yang tersimpan. Makanan simpanan ini digunakan ketika menghadapi musim kemarau atau ketika kekuranagan sumber makanan.

Manusia juga sering menggunakan akar tumbuhan untuk keperluan hidupnya. Misalnya, sebagai sumber makanan, contohnya ubi kayu, ubi keledek, kunyit dan ubi kentang

Sunday 13 January 2013

Mata

Mata merupakan satu daripada enam pancaindera kurniaan Allah kepada manusia. Dengannya manusia berupaya melakukan inovasi untuk manfaat manusia itu sendiri. Menerus mata juga manusia dapat menggerakkan akal bagi menilai sesuatu sama ada baik mahupun buruk. Banyak pengalaman dan pembelajaran manusia berlangsung menerusi pancaindera ini.
 
Mata terdiri dari otot mata, bola mata dan saraf mata serta alat tambahan mata iaitu kenig, kelopak mata, dan bulu mata. Alat tambahan mata ini berfungsi melindungi mata dari gangguan lingkungan. Kening mata berfungsi untuk melindungi mata dari keringat, kelopak mata melindungi mata dari benturan dan bulu mata melindungi mata dari cahaya yang kuat, debu dan kotoran.
 
Fungsi bahagian-bahagian mata adalah sebagai berikut:
  1. Kornea mata berfungsi untuk menerima rangsang cahaya dan meneruskannya ke bagian mata yang lebih dalam.
  2. Lensa mata berfungsi meneruskan dan memfokuskan cahaya agar bayangan benda jatuh ke lensa mata.
  3. Iris berfungsi mengatur banyak sedikitnya cahaya yang masuk ke mata
  4. Pupil berfungsi sebagai saluran masuknya cahaya.
  5. Retina berfungsi untuk membentuk bayangan benda yang kemudian dikirim oleh oleh saraf mata ke otak
  6. Otot mata berfungsi mengatur gerakan bola mata
  7. Saraf mata berfungsi meneruskan rangsang cahaya dari retina ke otak
Tahukah Kita:
  1. Saiz bola mata tidak sampai sebesar bola ping pong
  2. Garis pusat bola mata dewasa kira-kira 2.5 cm sahaja
  3. Mata mampu mengendalikan sehingga 1.5 juta maklumat serentak
  4. Mata mempunyai puluhan juta hubungan elektrik untuk menghantar maklumat
  5. Dari keseluruhan permukaan mata, hanya 1/6 terdedah
  6. Bulu mata berperanan memerangkap habuk dari memasuki mata
  7. Bulu kening (alis) berperanan menghalang peluh dari memasuki mata
  8. Kanta mata terdiri daripada lapisan protein seperti lapisan bawang
  9. Bahagian Retina mata mengandungi 130 juta sel
  10. Air mata berfungsi membersihkan mata daripada habuk, bakteria dan kotoran, serta turut membekalkan oksigen kepada kornea. Ia juga mampu membunuh mikroorganisma dengan enzim lisozimnya
  11. Kelopak mata mengekalkan kornea agar sentiasa basah
  12. Mata kita dapat melihat dan membezakan lebih kurang 7 hingga 10 juta warna.
  13. Retina hanya setipis kertas.
  14. Mata berkedip 15 kali seminit atau 21,600 kali sehari atau lapan juta kali kerlipan mata setahun.
  15. Kita tidak mungkin bersin dengan mata terbuka.
  16. Mata kiri dan kanan perlu bergabung untuk menentukan jarak sesuatu objek.
  17. Statistik di Singapura mencatatkan rabun jauh adalah gangguan yang sangat umum di kalangan generasi muda dan data dari School Health Service merekodkan setiap tahun jumlah kanak-kanak yang mengalami masalah rabun jauh semakin meningkat.
  18. Masalah rabun jauh boleh berlarutan sehingga menyebabkan masalah kesihatan lain seperti retinal detachment dan sebagainya.

Sunday 6 January 2013

Gigi Manusia

Gigi merupakan struktur putih kecil yang terdapat di dalam mulut manusia. Gigi digunakan untuk mengoyak, mengikis, memotong dan mengunyah makanan. Akar gigi diselaputi oleh gusi. Berikut ialah fakta tentang gigi manusia
  1. Terdapat dua set gigi manusia pada waktu iaitu gigi susu untuk kanak-kanak dan gigi kekal untuk orang dewasa.
  2. Ada empat jenis gigi dalam satu set lengkap gigi manusia iaitu gigi kacip, gigi taring, gigi geraham kecil dan gigi geraham besar.
  3. Kanak-kanak mempunyai 20 batang gigi dan gigi pertama mereka akan tumbuh ketika mereka berumur 6 bulan.
  4. Kanak-kanak akan mula kehilangan gigi susu mereka bermula pada umur 7 tahun.
  5. Seorang dewasa mempunyai 32 batang gigi kekal.
  6. Selain daripada menguyah makanan gigi juga digunakan untuk membantu percakapan.
  7. Enamel yang menyelaputi gigi manusia merupakan bahan paling keras pada badan manusia.
  8. Gigi susu yang sudah bergoyang menandakan bahawa gigi kekal sudah tumbuh ke permukaan menghakis akar gigi susu tersebut. Ia akan tercabut dengan sendiri atau boleh dicabut oleh doktor. Sekiranya gigi susu yang dicabut terlalu awal boleh menyebabkan gigi kekal yang
    tumbuh secara tidak tersusun.
Fungsi empat jenis gigi
Pada manusia dapat terdapat empat jenis gigi di dalam mulut manusia.
  1. Gigi Kacip: Gigi Kacip adalah gigi yang memiliki satu akar yang berfungsi untuk memotong dan mengerat makanan atau benda lainnya.
  2. Gigi Taring: Gigi taring adalah gigi yang memilki satu akar dan memiliki fungsi untuk mengoyak makanan atau benda lainnya.
  3. Gigi Geraham Kecil: Gigi graham kecil adalah gigi yang punya dua akar yang berfungsi untuk menggilas dan mengunyah makanan atau benda lainnya.
  4. Gigi Geraham: Gigi geraham adalah gigi yang memiliki tiga akar yang memiliki fungsi untuk melumat dan mengunyah makanan atau benda-benda lainnya.

Rasulullah s.a.w. dan pengemis Yahudi buta

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah s.a.w. mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah s.a.w. menyuap makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah s.a.w melakukannya hingga menjelang Nabi Muhammad s.a.w. wafat. Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah itu?", tanya Abu Bakar r.a. Setiap pagi Rasulullah s.a.w. selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.

Ke esokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "Siapakah kamu ?". Abu Bakar r.a menjawab, "Aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah s.a.w. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia. Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar r.a.

Sumber: http://www.mukmin.com.my