Showing posts with label Adab Sopan. Show all posts
Showing posts with label Adab Sopan. Show all posts

Friday, 7 September 2012

Saya Nak Jadi Anak Soleh


"Barangsiapa yang mengharapkan pertemuannya dengan Allah, maka hendaklah ia beramal salih dan tidak mempersekutukan Tuhannya dengan sesiapapun dalam ibadahnya." Al-Kahfi : 10

Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

1. Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

"Dan pada sebahagian malam, lakukanlah solat tahajud sebagai suatu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ketempat yang terpuji." Al-Isra' : 79

2. Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari

Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

" Sekiranya ada suatu bacaan dengannya gunung-ganang menjadi goncang, bumi menjadi terbelah, atau orang yang sudah mati dapat berbicara, tentu bacaan itu adalah al-Quran." Ar-Ra'd : 31

3. Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh.

Sebelum melangkah ke mana pun langkahkanlah kaki ke masjid dulu, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

4. Jaga solat dhuha,

kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

5. Jaga sedekah setiap hari.

Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

"Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan kerana keteguhan jiwa mereka adalah seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka pohon itu menghasilkan dua kali ganda. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis pun memadai. Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan." Al-Baqarah : 265

6. Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu'.


Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu sentiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

7. Amalkan istighfar setiap saat.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir hati kita akan menjadi tenang.

"Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ketahuilah, hanya dengan mengingati Allah lah, hati akan tenteram." Ar-Ra'd : 28

Sumber: http://sheluvallah.blogspot.com/

Wednesday, 7 March 2012

Rahsia senyuman Nabi Muhammad s.a.w


Apabila anda membuka lembaran sirah kehidupan Muhammad saw., Anda tidak akan pernah berhenti kagum melihat kemuliaan dan kebesaran peribadi beliau saw. Sisi kebesaran itu terlihat dari sikap seimbang dan selaras dalam setiap perilakunya, sikap beliau dalam menggunakan segala cara untuk meluluhkan kalbu setiap orang dalam setiap kesempatan.

Sarana yang paling besar yang dilakukan Muhammad saw. dalam dakwah dan perilaku beliau adalah, gerakan yang tidak memerlukan kos besar, tidak memerlukan tenaga berlimpah, meluncur dari bibiruntuk selanjutnya masuk ke relung kalbu yang sangat dalam.

Jangan anda tanyakan keberkesanannya dalam mempengaruhi akal fikiran, menghilangkan kesedihan, membersihkan jiwa, menghancurkan tembok pengalang di antara anak manusia!. Itulah ketulusan yang mengalir dari dua bibir yang bersih, itulah senyuman!

Itulah senyuman yang dirakam Al-Quran tentang kisah Nabi Sulaiman as, ketika Ia berkata kepada seekor semut,

"Maka dia tersenyum dengan tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa: "Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh ". An-Naml: 19

Senyuman itulah yang sentiasa keluar dari bibir mulia Muhammad saw., Dalam setiap perilakunya. Beliau tersenyum ketika bertemu dengan sahabatnya. Saat beliau menahan amarah atau ketika beliau berada di majlis kehakiman sekalipun.

Diriwayatkan dari Jabir dalam sahih Bukhari dan Muslim, berkata, "Sejak aku masuk Islam, Rasulullah saw tidak pernah menghindar dariku. Dan beliau tidak melihatku kecuali beliau pasti tersenyum kepadaku. "

Suatu ketika Muhammad saw. didatangi seorang Arab Badwi, dengan serta-merta ia berlaku kasar dengan menarik selendang Muhammad saw., sehingga leher beliau membekas merah. Orang Badwi itu bersuara keras, "Wahai Muhammad, perintahkan sahabatmu memberikan harta dari Baitul Maal! Muhammad saw. menoleh kepadanya seraya tersenyum. Kemudian beliau menyuruh sahabatnya memberi harta dari baitul maal kepadanya. "

Ketika beliau memberi hukuman keras terhadap orang-orang yang terlambat dan tidak ikut serta dalam perang Tabuk, beliau masih tersenyum mendengar alasan mereka.

Ka'ab ra. berkata setelah mendedahkan alasan orang-orang munafik dan sumpah palsu mereka:

"Saya mendatangi Muhammad saw., Ketika saya mengucapkan salam kepadanya, beliau tersenyum, senyuman orang yang marah. Kemudian beliau berkata, "Kemari. Maka saya mendekati beliau dan duduk di depan beliau. "

Suatu ketika Muhammad saw. melintasi masjid yang di dalamnya ada beberapa sahabat yang sedang membicarakan masalah-masalah jahiliyah terdahulu, beliau lewat dan tersenyum kepada mereka.

Beliau tersenyum dari bibir yang lembut, mulia nan suci, sampai akhir saat-saat hayat beliau.

Anas bin Malik berkata diriwayatkan dalam sahih Bukhari dan Muslim, "Apabila kaum muslimin berada dalam solat fajar, di hari Isnin, sedangkan Abu Bakar menjadi imam mereka, ketika itu mereka dikejutkan oleh Muhammad saw. yang membuka hijab bilik Aisyah. Beliau melihat kaum muslimin sedang dalam saf solat, kemudian beliau tersenyum kepada mereka! "

Sehingga tidak menghairankan beliau mampu meluluhkan kalbu sahabat-sahabatnya, isteri-isterinya dan setiap orang yang berjumpa dengannya!

Menyentuh Hati

Muhammad saw. telah meluluhkan hati siapa saja dengan senyuman. Beliau mampu "menyihir" hati dengan senyuman. Beliau menumbuhkan harapan dengan senyuman. Beliau mampu menghilangkan sikap keras hati dengan senyuman. Dan beliau saw. mensunnahkan dan memerintahkan umatnya agar menghiasi diri dengan akhlak mulia ini. Bahkan beliau menjadikan senyuman sebagai lahan berlumba dalam kebaikan. Rasulullah saw. bersabda,

"Senyummu di depan saudaramu adalah sedekah." At Tirmidzi dalam sahihnya.

Walaupun sudah sangat jelas dan terang petunjuk Nabi dan amalan beliau langsung ini, tetapi anda masih banyak melihat sebahagian manusia masih berlaku keras terhadap ahli keluarganya, tehadap rumah tangganya dengan tidak menyebarkan senyuman dari bibirnya dan dari ketulusan hatinya.

Anda merasakan bahawa sebahagian manusia-kerana bersikap cemberut dan muka masam-mengira bahawa giginya sebahagian daripada aurat yang harus ditutupi! Di mana mereka di depan petunjuk Nabi yang agung ini! Sungguh jauh mereka dari contoh Nabi Muhammad saw.!

Ya, kadang anda melewati jam-jam anda dengan dirundung duka, atau disibukkan pelbagai pekerjaan, akan tetapi anda selalu bermuka masam, cemberut dan menahan senyuman yang merupakan sedekah, maka demi Allah, ini adalah perilaku keras hati, yang semestinya tidak berlaku. Wal iyadzubillah.

Pengaruh Senyum

Sebahagian manusia ketika berbicara tentang senyuman, mengaitkan dengan pengaruh psikologi terhadap orang yang tersenyum. Mengkaitkannya boleh-boleh saja, yang oleh kebanyakan orang boleh jadi sepakat akan hal itu. Namun, seorang muslim memandang hal ini dengan kaca mata lain, iaitu kaca mata ibadah, bahawa tersenyum adalah sebahagian daripada mencontohi Nabi saw. yang disunnahkan dan bernilai ibadah.

Para pakar dari kalangan muslim mahupun non muslim melihat seuntai senyuman sangat besar pengaruhnya.

Dale Carnegie dalam bukunya yang terkenal, "Bagaimana anda Mendapatkan Teman dan Mempengaruhi Manusia" menceritakan:

"Wajah merupakan cermin yang tepat bagi perasaan hati seseorang. Wajah yang ceria, penuh senyuman alami, senyum tulus adalah sebaik-baik sarana memperoleh teman dan kerjasama dengan pihak lain. Senyum lebih berharga berbanding sebuah pemberian yang dihadiahkan seorang lelaki. Dan lebih menarik dari lipstik dan bedak yang melekat di wajah seorang wanita. Senyum bukti cinta tulus dan persahabatan yang murni. "

Ia melanjutkan, "Saya minta setiap pelajar saya untuk tersenyum kepada orang tertentu sekali setiap minggunya. Salah seorang pelajar datang bertemu dengan pedagang, ia berkata kepadanya, "Saya pilih tersenyum kepada isteriku, ia tidak tau sama sekali perihal ini. Hasilnya adalah saya mencari kebahagiaan baru yang sebelumnya tidak saya rasakan sepanjang akhir tahun-tahun ini. Yang demikian menjadikan saya senang tersenyum setiap kali bertemu dengan orang. Setiap orang membalas penghormatan kepada saya dan bersegera melaksanakan khidmat-khidmat-kepada saya. Kerana itu saya merasakan hidup lebih ceria dan lebih mudah. ​​"

Kegembiraan meluap ketika Carnegie menambah, "Ingat, bahawa senyum tidak memerlukan kos sedikitpun, bahkan membawa kesan yang luar biasa. Tidak akan menjadi miskin orang yang memberinya, justeru akan menambah kaya bagi orang yang mendapatkannya. Senyum juga tidak memerlukan masa yang bertele-tele, namun membekas kekal dalam ingatan sampai akhir hayat. Tidak ada seorang fakir yang tidak mempunyai, dan tidak ada seorang kaya pun yang tidak memerlukannya. "

Betapa kita sangat memerlukan sosialisasi dan kesedaran penggunaan Nabi yang mulia ini kepada umat. Dengan niat taqarrub ilallah-pendekatan diri kepada Allah swt .- lewat senyuman, bermula dari diri kita, rumah kita, bersama isteri-isteri kita, anak-anak kita, teman sepejabat kita. Dan kita tidak pernah merasa rugi sedikit pun! Bahkan kita akan rugi, rugi dunia dan agama, ketika kita menahan senyuman, menahan sedekah ini, dengan selalu bermuka masam dan cemberut dalam kehidupan.

Pengalaman membuktikan bahawa kesan positif dan berkesan dari senyuman, iaitu senyuman menjadi pendahuluan ketika hendak meluruskan orang yang keliru, dan menjadi muqaddimah ketika mengingkari yang mungkar.

Orang yang selalu cemberut tidak menyengsarakan kecuali dirinya sendiri. Bermuka masam bererti mengharamkan menikmati dunia ini. Dan bagi sesiapa sahaja yang mahu menebar senyum, selamanya ia akan senang dan gembira. Allahu a'lam

sumber dari hajsmy.us
http://detikislam.blogspot.com/

Saturday, 17 December 2011

Adab Makan dan Minum Mengikut Sunnah Nabi SAW.


Nabi Muhammad SAW diutuskan sebagai pembawa rahmat (kebaikan) kepada sekalian alam. Nabi s.a.w banyak mengajarkan kita tentang cara hidup seharian yang bersendikan kepada 'aqidah dan ibadah', sejak kita mula bangun pagi, masuk tandas, makan dan minum, memakai pakaian, menaiki kenderaan, mula bekerja, pulang kerumah, berehat dan tidur.

Sukatan makan dan minum yang menjadi panduan hidup orang Mukmin adalah berdasarkan sabda Nabi SAW yang maksudnya : "Adalah kami para Nabi, kami tidaklah hidup kenyang."

Nabi SAW tidak makan sebelum baginda merasa lapar dan lebih dahulu berhenti sebelum sampai ke tahap kenyang atau merasa puas.

Sahabat yang dimuliakan,

Terdapat beberapa adab-adab makan dan minum cara Nabi SAW untuk menjadi panduan kita semua untuk mendapat keberkatan di sisi Allah s.w.t dengan mengikut sunnah baginda.

Pertama : Membasuh tangan sebelum makan.
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Keberkatan makanan itu ialah membasuh (tangan) sebelumnya (sebelum makan) dan membasuh selepasnya." (Hadis Riwayat Abu Daud dan Turmudzi).

Dari Sayyidah Aisyah r. 'anha bahawa Rasulullah SAW apabila berjunub, maka baginda berwudhu' (seperti wudhu') untuk solat dan apabila baginda ingin makan baginda membasuh kedua tangannya (lebih dahulu).

Kedua : Membaca Bismillaah. (Bismillahirahmanirrahim)


Sabda Nabi SAW yang bermaksud : "Apabila seseorang lelaki memasuki rumahnya, lalu dia menyebut Allah (membaca Bismillaah) di kala masuk dan di kala makan, maka berkata syaitan : "Tiadalah peluang aku bermalam dengan kamu dan tiadalah pada makanan malam kamu." Dan apabila seorang masuk ke rumahnya , maka dia tidak menyebut Allah di kala memasukinya, maka berkata syaitan : "Aku akan bermalam dengan kamu."

Seterusnya apabila dia tidak menyebut Allah di kala makan, maka syaitan akan berkata : "Aku akan dapat bermalam dan makan malam (bersama kamu; kongsi makan)" (Hadis Riwayat Muslim)

Nabi SAW telah bersabda kepada seorang kanak-kanak yang makan di samping baginda maksudnya : "Wahai kanak-kanak, sebutlah nama Allah.." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ketiga : Membaca doa makan.

Sabda Nabi SAW, yang maksudnya :

"Allaahumma baarik lanaa fiimaa razaqtanaa wa qinna'adzaabannar.
maksudnya : Ya Allah, berkahilah rezeki yang Engkau rezekikan kepada kami, dan peliharalah kami dari siksa Neraka." (Hadis Riwayat Ibnu As-Sunni)

Hadis riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah satu doa yang diajar oleh Nabi SAW. bila hendak makan: 'Allahumma barik lana fihi wa ath ighmna khairan minhu',
maksudnya: "Ya Allah, berilah keberkatan kepada kami pada makanan ini dan kurniakanlah kepada kami makanan yang lebih baik daripadanya."

Keempat : Makan dan minum dengan tangan kanan.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Apabila salah seorang di antara kamu makan, hendaklah dia makan dengan menggunakan tangan kanannya dan apabila dia minum hendaklah dia minum dengan menggunakan tangan kanannya kerana sesungguhnya syaitan itu, dia makan dengan menggunakan tangan kirinya dan minum juga dengan menggunakan tangan kirinya." (Hadis Riwayat Muslim).

Makruh makan dan minum dengan menggunakan tangan kiri kerana ianya adalah di antara adat-adat syaitan dan sesiapa yang melakukan sedemikian, bererti dia menyerupanya. Termasuk juga apabila kita mengambil lauk pauk di dalam majlis hendaklah menggunakan tangan kanan bukan tangan kiri kerana adat melayu yang mengambil lauk tangan kiri (takut sudu kotor) adalah tidak ikut sunnah.

Kelima : Makan makanan yang mengiringi (makanan yang terdekat)


Nabi SAW bersabda maksudnya : "..dan makanlah (dengan memulakan makan) makanan yang mengiringi engkau." (Hadis Riwayat Bukhari).

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : "Hendaklah kamu menyebut nama Allah (dikala hendak makan) dan hendaklah setiap orang (mula) makan makanan yang mengiringinya." (Hadis Riwayat Bukhari)

Maksud makanan yang mengiringi adalah makanan yang terdekat kerana menjadi adab Islam mengutamkan makanan yang berdekatan daripada mengambil makanan yang berdekatan dengan rakannya. Selepas itu barulah ia mengambil makanan yang jauh sedikit daripadanya.

Keenam : Mula makan tepian bukan tengah.

Sabda Nabi SAW. maksudnya : "Apabila seseorang kamu makan suatu makanan, maka janganlah dia (mula) makan makanan yang berada di puncak pingan (bahagian tengah), akan tetapi hendaklah dia memakan makanan daripada dahagian di sebelah bawahnya (tepi yang berdekatan dengannya) kerana sungguhnya keberkatan itu turun daripada puncaknya (kebawah)" (Hadis Riwayat Abu Daud).

Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w. bersabda maksudnya : "Sesungguhnya keberkatan itu turun ke bahagian tengah makanan, maka kamu makanlah daripada bahagian yang di tepinya (yang mendekatimu) dan janganlah kamu makan daripada bahagian tengahnya (puncaknya)"

Ketujuh : Duduk semasa makan.

Makan dan minum secara berdiri adalah bukan daripada adab Islam kerana Nabi SAW menunjukkan contoh makan dan minum baginda secara duduk.

Pada satu ketika Nabi SAW telah dihadiahkan sesekor kambing yang telah dimasak. Maka baginda turun makan secara berlutut. Tiba-tiba bertanya seorang Arab Desa kepada baginda. "Duduk apakah ini?". Maka baginda SAW menjawab : "Sungguhnya Allah telah menjadikan saya seorang hamba yang pemurah, dan Dia (Allah) tidaklah menjadikan saya seorang yang tidak kenal belas kasihan lagi keras kepala (derhaka)." (Hadis Riwayat Abu Daud).

Kelapan : Makan dengan tiga putung jari.

Kaab bin Malik memberitakan : "Adalah kebiasaan Rasulullah SAW menjemput makanan dengan menggunakan tiga putung jari." (Hadis Riwayat Muslim)

Menjemput makanan dengan kurang daripada tiga jari menunjukkan kesombongan, manakala menjemput dengan lebih tiga putung jari pula menandakan buruk makan. Kerana bila makan roti, buah tamar atau kuih muih eloklah gunakan tiga putung jari. Tetapi jika makan nasi perlu menggunakan putung lima jari kerana bersesuaian dengan jenis makanan. Begitu juga makan bubur nasi , bubur kacang atau sop perlu menggunakan sudu pula.

Kesembilan : Tidak mencela atau mengaibkan makanan.

Abu Hurairah r.a. pernah memberitakan bahawa : "Tiadalah sekali-kali Nabi SAW mengaibkan makanan (yang dihidang), jika baginda berselera baginda memakannya dan jika baginda tidak ingin baginda meninggalkannya." (Hadis Riwayat Bukhari)

Perkataan mengaibkan atau merendah-rendahkan makanan itu seperti seseorang sedang makan ia berkata, "Makanan ini tawar ebar, masam rebam, masin perat, pedas gila, mentah dan sebagainya. Terutama ketika berbuka puasa.

Tujuan kata-kata itu bermaksud mencela makanan tersebut termasuk menyindir orang yang memasaknya kurang prihatin tentang rasanya. Jika ingin menegur pun eloklah secara hikmah untuk kebaikan akan datang dan bukan diucapkan semasa menjamu selera kerana boleh menjatuhkan maruah orang lain.

Nabi SAW pernah dijamu sejenis biawak padang pasir (dhabb), dikala baginda ditanyakan : "Adalkah dia haram?". Baginda menjawab ; "Tidak! Cuma dia tidak (hidup) di bumi kaumku, maka tidaklah seleraku untuk memakannya." (Hadis Riwayat Bukhari)

Juga sebagaimana terdapat dalam suatu kisah kaum ini (Quraisy) di kala ditanyakan Nabi SAW : "Adakah binatang ini haram?" Maka baginda menjawab : "Tidak! Akan tetapi saya tidak menyukainya disebabkan baunya." (Hadis Riwayat Muslim)

Kesepuluh : Bercakap semasa menjamu selera.

Semasa makan para ulama menggalakkan bercakap mengenai kebaikan makanan, percakapan-percakapan baik dan kisah-kisah orang soleh sekitar makanan dan selainnya.

Semasa makanan berada dimulutnya jangan bercakap kerana perbuatan tersebut adalah buruk bila makan bersama orang lain. Kerana ditakuti makanan terhambur ke muka orang lain. Jika boleh semasa mengunyah hendaklah tidak berbunyi.

Kesebelas : Makan suapan terjatuh.

Jaabir bin Abdullah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya ; "Apabila suapan seseorang kamu terjatuh, maka hendaklah dia mengambilnya, hendaklah dia membuang kemudharataan padanya dan hendaklah dia memakannya dan janganlah dia meninggalkannya kepada syaitan (secara membazir)" (Hadis Riwayat Muslim)

Di galakkan memakan suapan (makanan) yang terjatuh, jika boleh dibasuh seberapa boleh dan makan semula. Jika makanan tersebut jatuh dan lantai tersebut agak kotor maka makanan tersebut diambil juga dan diberikan kepada haiwan dan jangan dibuangkan dan ditinggalkan kepada syaitan. Ini menunjukkan Islam cukup menbenci perbuatan menbazir dan tidak menghormati makanan. Nasi-nasi yang terjatuh di meja makan hendaklah dikutib dan dimakan semula kerana kita tidak tahu keberkatan rezeki ada dibutiran mana nasi yang terjatuh.

Kedua belas : Tidak bernafas dalam bekas minum.

Ibnu Abbas r.a menyatakan bahawa, "Sungguh Nabi SAW melarang bernafas dalam bekas minum atau menghembuskan kedalannya." (Hadis Riwayat Turmudzi)

Ketiga belas : Tidak makan banyak.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Orang Mukmin makan menggunakan sebuah perut, sedangkan orang kafir itu makan menggunakan tujuh buah perut" (Hadis Riwayat Bukhari)

Hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : "Tiadalah wadah yang diisi anak Adam yang lebih buruk daripada perutnya sendiri, dimana dia menyangka bahawa dengan beberapa suap makanan, maka punggungnya (kekuatannya) akan dapat tegak kembali. Seandainya dia terpaksa bersikap demikian juga, maka (isilah perutnya) sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman dan yang sepertiga lagi (kosongkan) untuk pernafasan (bernafas)." (Hadis Riwayat Turmudzi)

Keempat belas : Larangan makan sambil meniarap.

Saalim meriwayatkan daripada sumber bapanya ; "Bahawa Nabi SAW melarang seorang lelaki makan sedang dia duduk meniarap" (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Kelima belas : Jangan memerhatikan orang sedang makan.

Seseorang yang sedang makan bila diperhatikan akan menyebabkan tidak selesa.

Keenam belas : Menjempun para tetamu untuk makan : "Sila menjamu selera!" kepada para tetamu.

Rasulullah SAW bersabda : "Yang masih tinggal cuma saya dan engkau."
Abu Hurairah berkata ; " Benar tuan, wahai Rasulullah SAW"
Baginda berkata : "Sila duduk, sila minum!"
Maka saya duduk , lalu saya minum.
Maka baginda berkata lagi : "Minumlah!"
Lantas saya minum.

Ketujuh belas : Sesudah makan menjilat pingan dan jari.


Sabda Nabi SAW bermaksud : "Sungguh kamu tidaklah mengetahui (bahagian) manakah (makanan kamu) yang mengandungi keberkatan.' (Hadis Riwayat Muslim)

Malah Rasulullah SAW menyuruh umatnya agar menyapu makanan dalam pingan (untuk dimakan) .

"Perbuatan Nabi SAW dimana baginda menjilat (dan menghisap) sisi-sisi makanan (serta memakannya) daripada tiga putung jari (yang menjemput makanan) sebelum lagi baginda menyapu jari-jarinya."
(Hadis Riwayat Musliam)

Kelapan belas : Larangan bangun meninggalkan makanan sehingga hidangan di angkat.

Sabda Nabi SAW bermaksud : "Apabila telah dihidangkan suatu hidangan, maka janganlah seseorang bangun sehingga diangkatkan hidangan, dan janganlah dia menggerakkan tangannya (berhenti makan) sekalipun dia sudah kenyang sehinggalah kumpulan (bersamanya) selesai makan, dan hendaklah dia menunggu kumpulan itu, kerana sesungguhnya seorang lelaki itu akan merasa malu duduk (lagi), maka dia akan berhenti makan, dan barangkali dia masih perlu untuk makan." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Kesembilan belas : Memuji dan menyanjungi Allah.

Bila hidangan diangkatkan Nabi s.a.w memuji Allah SWT dengan doanya :
"Segala puji bagi Allah, sebagai pujian yang banyak, bagus dan diberkati. Kami tidaklah merasa cukup dengan seorang selain Engkau, kami tidaklah meninggalkan nikmat Engkau, dan kami tidaklah terkaya daripada kurniaan Tuhan kami."

Kedua puluh : Membasuh kedua tangan selepas makan.

Hadis dari sumber Salmaan r.a. telah pun di sebutkan berbunyi : "Keberkatan makanan itu ialah membasuh dua tangan sebelum dan sesudah makan."

Sahabat yang dikasihi.
Marilah sama-sama kita amalkan adab-adab makan dan minum yang diajarkan oleh Nabi SAW untuk menjadi peduman kita semua untuk mencari keberkatan dan mengikut sunnah baginda.

Sumber: http://26ramd.blogspot.com/

Saturday, 5 November 2011

Kurangan Ketawa

Apabila kita gembira atau rasa tercuit hati pasti kita akan ketawa. Begitu juga kita akan menangis jika berhadapan dengan keadaan yang menyedihkan. Itulah rencah dalam kehidupan, ada suka dan ada duka. Tahukah semua orang, ketawa yang bagaimana yang dibenarkan dalam Islam? Islam tidak tidak pernah menafikan hak umatnya untuk ketawa dan bergembira tetapi haru bedasarkan syarat- syarat yang telah digariskan oleh Islam itu sendiri.