Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Monday, 30 September 2013

Resepi Kari Ikan Abah

Ini bukan gambar sebenar, saya tidak sempat ambil gambar  kari ikan yang abah masak, sebab masa tu kami sedang menikmati kelazatan resepi Kari Ikan Abah
 
Hari Ahad lepas abah ajar saya masak kari ikan semasa abah bujang dulu (masa belajar dulu-dulu). Kari ikan yang abah nak ajar ini ada perubaha sedikit, sebab ada penambahan dari rempah special dari kawan arwah Tok Man (Abah punya ayah). Rempah ini abah namakan Rempah Ali Taiping. Apabila saya, qistina, dan mama makan kari abah masakan, rasanya sangat sedap. Muhamad si bijak tu pula makan bertambah-tambah. OK mari saya tunjukan bagaimana cara memasakannya.
 
Bahan-Bahan:
  1. 6 ekor ikan kembung sederhana besar
  2. 8 ulas bawang merah dan dihiriskan
  3. 5 ulas bawang putih dihiriskan
  4. 5 Sudu besar rempah kari ikan
  5. 1 Sudu besar rempah Ali taiping
  6. ½ gelas air asam jawa
  7. 2 tangkai daun kari
  8. 2 biji tomato
  9. 8 biji kacang bendi
  10. 1 Kotak santan
  11. Halba Campur
  12. Garam bukit secukup rasa
Cara
 
Panaskan minyak dan masukkan halba campur. Apabila berbau harum, dengan cepat masukan bawang yang dihiris untuk menumis dan daun kari Kemudian masukkan rempah kari ikan rempah Ali bersama-sama air asam jawa. Masak sehingga hilang bau rempah, masukkan sedikit air supaya rempah tidak kering. Kemudian tambah Santan dan 2 cawan air, biar sehingga mendidih. Lebih kurang 5 hingga 10 minit masuk ikan. Biarkan ikan itu masak dan masukan tomato dan bendi. Akhir sekali masukan garam bukit sehingga rasanya memuaskan biarkan sehingga 2-3 minit. Cubalah

Thursday, 4 July 2013

Resepi Bubur Nasi Ciptaan Abah Semasa Saya Demam

Minggu ini saya, Qistina, Baby Muhammad termasuk Abah mengidapi demam dan batuk batuk. Abah dan Mama sangat risau tentang kesihatan kami. Saya yang paling teruk demam. Abah sukat suhu saya selalu. Suhu\ badan saya antara 39°C hingga 40.5°C. Selera makan saya sudah kurang. Abah kata kakak perlu makan, untuk menambah tenaga bagi melawan demam. Saya meminta abah memasak bubur nasi. Abah bersetuju. Setelah bubur nasi masak saya makan dengan selera. Saya minta abah salin resepi tersebut untuk saya masukkan kedalam blog. Untuk kegunaan saya bila abah, mama dan adik saya demam nanti. Beikut adalah resepinya


  • Daging ayam secukupnya dipotong kecil.
  • ½ gemgam ikan bilis
  • 1 biji ubi kentang dipotong dadu
  • 1 batang karot dipotong dadu
  • 3 biji bawang putih dihiris nipis
  • 5 biji bawang merah dihiris nipis
  • 1 inci halia dihiris halus
  • 2 sudu besar rempah sup
  • 2 cawan beras dibasuh dan direndam dari 5 hingga 10 minit
  • Lada sulah dan lada hitam untuk rasa sedikit pedas (supaya selera). Abah kata lada hitam amat berguna untuk membunuh virus.
  • 1 ketul chicken kiub
  • Sedikit garam.
  • Daun sup.
 Langkah-langkah memasak
  1. Tumis bawang merah bersama-sama daging ayam dan ikan bilis dengan api perlahan.
  2. Apabila sudah 5 minit masukan 2 cawan air, kemudian masukan rempah sup, bawang putih dan halia.
  3. Apabila rempah tersebut sudah masak dan berbau harum masukan kentang dan karot dan tambahkan air. Dan masukan 1 ketul chicken kiub
  4. Kemudian masukan garam, lada sulah dan lada hitam secukup rasa supaya ia menyelerakan.
  5. Kemudian masukan beras dan tambah air secukup dan masak sehingga nasi menjadi bubur.
  6. Apabila siap masak bolehlah hiding bersama daun sup… menyelerakan… cubalah

Wednesday, 28 November 2012

Menu Sarapan Pagi untuk Baby Muhammad rekaan Abah

Bahan-bahan
  1. 3 biji kurma
  2. 21 biji kismis
  3. 2 biji pisang
  4. 2 sudu besar madu
  5. 1 paket susu kambing
  6. 2 Cawan air putih (sudah dimasak)
Cara
  1. Campurkan kurma, kismis, pisang, susu kambing dan air dalam blander, kemudian mixer kesemua sehingga sebati.
  2. Apabila sudah sebati masukan ke dalam mangkuk (kaca) besar.
  3. Sebelum dihidangkan masukan madu dan kacau dengan sudu plastic.
  4. Perhatian abah kata ketika kacau madu jangan gunakan sudu besi/logam. Sebab sudu tersebut boleh mempengaruhi kehebatan madu.
Sebenar menu ini Saya, Qistina, Muhammad dan Abah makan sekali… kalau nak pandai makanlah menu Abah ni… Dengan izin Allah semoga keluarga kami akan pandai dan sihat…
 
1) KURMA
 
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".
 
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".
 
Abu Abdillah berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".
 
Abu Abdillah berkata: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".
 
Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".
  
2) KISMIS
 
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".
 
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".
 
Imam Ali berkata: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".
 
Imam Ali berkata: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa".
 
Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-Thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".
 
3) MADU
 
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".
 
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".
 
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".
 
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWT telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".
 
Dari Imam Ali, beliau berkata: "Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".
 
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Rasul SAW sangat menyenangi madu".
 
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".
Firman Allah dalam surah an-Nahl:
 
“Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan.” (Surah An-NAhl: 69)
 
Rasulullaah SAW, bersabda :
 
“Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur’an.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
 
4. Pisang
 
Al-Quran juga menyebut pisang sebagai salah satu buah-buahan syurga, sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Berada di antara pohon bidara yang tidak berduri, dan pohon-pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya), dan naungan yang terbentang luas, dan air yang tercurah, dan buah-buahan yang banyak, yang tidak berhenti (buahnya) dan tidak terlarang mengambilnya.” (al-Waaqi’ah: 28-33)
 
5. Susu Kambing
 
Dalam hadis lain Nabi Muhammad S.A W ada bersabda bahawa “hendaklah kamu berpegang kepada kambing (ambil menefaat daripada kambing:daging, bulu, kulit dan susunya) kerana itu ialah kenderaan mu didalm syurga “ .