Showing posts with label Aktiviti Masa Lapang. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Masa Lapang. Show all posts

Wednesday, 11 February 2015

Hobi Baru Saya

Abah baru hadiahkan saya dua ekor arnab. Saya sangat suka hadiah itu. Awal tahun 2015 saya ada meminta pada abah belikan saya arnab. Selasa lepas pada permintaan saya ditunaikan.. Terima kasih abah.

Abah kata arnab ini jenis angora. Abah beli dengan harga RM60 sepasang. Pesan abah arnab ini sensitif dan mudah terkejut. Jadi jangan buat dia terkejut.

Abah belikan sangkar arnab untuk keselamatan dia. Makanan yang abah belikan ialah rumput Alfafa dan Pallet Alfafa. Minuman yang diberikan pada arnab ialah air yang ditapis (RO Water) yang dicampurkan dengan vitamin. Makanan dan minum ini diberikan adalah untuk menjamin kesihatan dan tumbesar arnab dalam keadaan baik.

Satu lagi abah pesan arnab tidak boleh dimandikan dan kebersihan sangakar hendaklah selalu dijaga. Arnab adalah haiwan yang pembersih, walaupun tidak suka mandi.. he he he.. Semoga saya menjadi seorang yang menyayangi segala ciptaan Allah.. Aamiiin.

Monday, 17 March 2014

Jum Lukis





 


 
 Pada setiap hari sabtu saya dan adik saya (Qistina) akan mengikuti kelas lukisan. Kelas lukisan kami bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Kelas lukisan kami ini terletak di Bandar Baru Bangi.