Showing posts with label Alam semesta. Show all posts
Showing posts with label Alam semesta. Show all posts

Sunday, 8 April 2012

Tahukah anda, setiap satu saat kira-kira 16 juta tan air mengewap dari bumi


Menurut satu kajian, dalam satu saat, kira-kira 16 juta tan air mengewap dari bumi. Angka ini menghasilkan 513 trilion tan air setiap tahun. Angka ini ternyata sama dengan jumlah hujan yang jatuh ke bumi dalam satu tahun.

Setiap satu tahun, air hujan yang menguap dan turun kembali ke Bumi dalam bentuk hujan berjumlah "tetap": iaitu 513 trilion tan.

Dalam surah Az-Zukhruf [43] ayat 11,'' Dan Yang menurunkan air dari langit menurut kadar (yang diperlukan) lalu Kami hidupkan dengan air itu negeri yang mati, seperti itulah kamu akan dikeluarkan (dari dalam kubur). ''

Doa ketika Hujan Turun

للهم سقيا هنيئاصـيبا نافعا اللهم اجعله صيب رحـمة ولا تجعله صيب عذاب

Ya Allah,(jadikanlah hujan ini) sebagai siRaman yang menyenangkan dan hujan yang beRmanfaat. Ya Allah, jadikanlah hujan ini Rahmat dan jangan Engkau jadikan hujan siksaan.” (H.R. Ibnus Sunny)

Tuesday, 13 December 2011

Komet

Anggota lain dalam sistem suria termasuk asteroid dan komet. Asteroid ialah kumpulan bantuan yang diselaputi ais dan mempunayai pelbagai bentuk dan saiz. Ia mengelingi sesuatu " lingkaran" yang lebar di antara planet Marikh dan Mustari. Komet mula bercahaya dan membentuk ekor yang panmjang apabila berada behampiran Matahari. Kemudian ia semakin kelam dan menghilang. Ia munkin akan tidak muncul lagi selama-lama tahun-tahun, atau beratus-ratus tahun. Komet paling terkenal iaitu komet Holley, hanya kembali ke angkasa setiap 76 tahun.

Monday, 5 December 2011

Angkasa dan alam sesmesta

Planet kita, iaitu Bumi, ialah tempat selesa, indah dan sentiasa hidup yang dihuni olel pelbagai haiwan dan tumbuh tumbuhan yang tidak terkira banyaknya. Ia tempat yang nyaman dan sesuai dihuni kerana terdapat lapisan udara di sekelilingnya yang disebut atmosfera. Atmosfera ini bertindak serperti selimut membolehkan kita berasa selesa, di samping membekalkan oksigen yang mesti disedut oleh kita dan semua hidupan lain untuk hidup. Atmosfera berkeadaan agak tebal berhampiran bumi, tetapi semakin tinggi. Sebenarnya beberapa ratus kilometer di angkasa, atmosfera tidak mengandungi apa-apa pun. Ketika inilah kita berada di angkasa.

Friday, 23 September 2011

MATAHARI: Bagaimana keadaan permukaan Matahari

Permukaan Matahari berupa lautan gas yang amat panas, atau nyala api. Di sana sini nyala api memancut ke atas. Kadang - kadang pancutan besar gas meledak setinggi beratus - ratus ribu kilometer. Di berapa bahagian permukaannya, terdapat kawasan gelap yang dipanggil titik matahari. Ini lebih sejuk dari bahagian permukaan yang lain.

Thursday, 15 September 2011

Apa Istimewanya Bumi

Planet Bumi :Orang purba memikirkan bahawa Bumi ini adalah pusat alam semesta. Tetapi sekarang kita tahu bahawa ia hanaylah sebuah planet - satu daripada sembilan buah yang mengelilingi matahari di angkasa. Bumi agak kecil garispusatnya hanya 12,756 km(7,926 batu) di khatulistiwa.Ini adalah kurang dari 1/10 garispusat  Musytari.Bumi terletak kira-kira 150 juta km (93 juta batu ) dari Matahari. Ia berpusing mengelilingi Matahari sekali dalam masa 365 hari (1 tahun). Ia berputar di atas paksinya sekali dalam masa 24 jam (1 hari ).