Showing posts with label Novel Pilihanku. Show all posts
Showing posts with label Novel Pilihanku. Show all posts

Thursday, 3 May 2012

Ana Bagaikan Puteri Siri 2

Sinopsis

"Mengapa saya masih berasa belum cukup"

Ana mundar-mandir di dalam bilik peraduannya, lalu dia terdampar di pembaringan. Hatinya terasa sebak. Air mata mula menakung di kelopak mata.


"Adakah saya akan hidup bersendirian di dalam istana indah ini?"


Suara itu menjawab dengan jelas. "Ya, bergembiralah di sini. Kamu akan dapat apa yang dihajatkan."


"Tetapi.... di mana keluarga saya? Kawan-kawan saya? Saya rindukan mereka!"


"Bukankah ini yang kamu impikan? Menjadi seorang puteri yang memiliki segala kemewahan dan keindahan. Jauh dari segala gangguan yang membuat kamu letih, penat dan lelah?"

Ulasan Saya

Novel ini saya minta abah saya belikan selepas saya membaca siri pertama. Kisahnya dalam novel ini mengajar saya bahawa kasih sayang sesama kita tidak dapat dibandingkan dengan harta kemewahan. Kasih sayang antara manusia adalah anugerah Allah yang perlu kita jaga. Apabila kita hilang kasih sayang... maka hilanglah sifat kita sebagai manusia.

Sunday, 29 April 2012

Saya Sayang Papa

Sinopsis

Papa menelan ubat, mungkin sakit kepala. Wajah papa tampak pucat dan letih. Matanya juga tidak brcahaya. Kata Tuk Cik, papa terlalu sibuk bekerja dan kurang tidur. Sempat Tuk Cik berleter, menyuruh papa mementingkan rehat dan kesihatan badanya namun papa terus berlalu pergi meninggalkan mereka. Tuk Cik dan Suhana saling berpandangan.

Suhana hendak bersembang dengan papa, sesuatu yang sudah lama tidak mereka lakukan sejak Klinik Farah dibuka. Dia terasa jauh dari papa, tersa dirinya diabaikan. Suhana mengeluh.

Ulasan Saya.

Ini novel terbaru saya! Abah beli pada minggu lepas di Seri Kembangan. Novel ini mengesahkan Suhana seorang pelajar Tahun Enam. Ia baru bertukar ke sekolah baru Seroja. Kawan baru Suhana memanggil namanya Su. Su tinggal bersama-sama ayahnya dan Tuk Cik. Ibu bapa baru berpisah selepas kembarnya meninggal dunia. Su adalah kakak kepada kembar.

Novel mengisahkan seorang pelajar Tahun Enam menjadi seorang yang tabah, berani dan berdikari. Saya saran kepada kawan-kawan supaya membaca novel ini, supaya kita menjadi lebih matang dan berfikiran terbuka.

Hapuskan Air Mata Ana Siri 1

Sinopsis

"Ayah boleh tak kali ini tolong carikan Ana udang besar? Ana terinign hendak makan udang. Sudah lama tidak merasa udang. Boleh Ayah?"

"Insya-Allah. Pasal anak dara ayah seorang ini, ayah sanggup carikan. Lagipun, rasanya sekarang ini musim udang membiak. Mungkin banyak udang di sungai. Doakan ayah senang menangkapnya dengan banyak. Boleh suruh emak masak lemak cili api. Sudah lama kita tidak makan udang."

Ulasan saya

Novel ini abah saya beli semasa pesta belon panas di putrajaya baru-baru ini. Novel siri ini mengisahkan seorang ayah yang penyayang sanggup mengorbankan nyawanya, demi menunai permintaan anaknya. Ana merasa bersalah dan menyesal kerana disebabkan permintaannya ayahnya terkorban. Cubalah baca novel ini! Jalannya cerita sangat menarik, sesuai untuk peringkat umur remaja dan kanak-kanak.

Saturday, 26 November 2011

Debaran Di Hati Ana Siri 10

Sinopsis


Inginku  khabarkan. Tatkala nyiur melambai, liur lentoknya cukup mengamit perasaan. Sermerbaknya kasturi desa. Terpana seketika hati ini diulit momen di lewat musim itu...


Mereka yang berada di situ semua berhenti lalu menoreh ke arah cahaya yang ditunjukkan oleh Ibrahim. Benar apa yang dikatakannya. Dalam dusun yang gelap itu, terdapat cahaya kecil yang seakan-akan terapung-apung di udara.

"Kak Ana... Abang im, malam ni malam Jumaat, kan?" kata Luqman dengan suara yang cemas.


"Hantu" teriak Hafez dengan tiba-tiba.


"Lari, ada hantu"


Ulasan Saya

Novel ini abah belikan pada awal tahun ini. Oleh kerana saya masih belum sibuk dengan kerja sekolah, saya dapat habiskan novel ini dalam masa dua hari. Novel ini banyak mengajar perkara-perkara baru dalam kehidupan seseorang. Ia dapat membantu saya supaya berfikran lebih matang.

Sunday, 30 October 2011

Tatkala Rindu Bertamu Siri 4

Sinopsis

 Hilang di mata tetapi tidak di hati. Walaupun hanya dalam mimpi, tetapi hati ini tidak mampu untuk menagkis rindu yang bertandang. Indah dirasa tetapi batin yang menanggung tidak terkata perinya. Mahu diusir tetapi apakan dayaku ini terbatas.


Ana amat mengerti akan takdir yang telah menimpa arwah ayahnya. Dia juga sudah mengerti akan perjalanan hidup yang perlu dilaluinya tanpa arwah ayahnya di sisi. Cuma kadangkala dia terlalu rindu akan kasih sayang daripada bapa.


Ulasan saya

Buku novel ini adalah salah satu koleksi novel kesukaan saya. Abah membeli novel ini ketika umur saya 6 tahun, sebelum saya dan keluarga berpindah ke Putrajaya. Saya menghabiskan buku ini selama 3 hari. Buku ini dapat mengajar saya tentang keiklasan, sopan santun dan suka menolong orang.