Showing posts with label Rumah Allah. Show all posts
Showing posts with label Rumah Allah. Show all posts

Wednesday, 28 November 2012

Masjid Terapung Jalan Tanjung Bunga, Pulau Pinang

Masjid Terapung Jalan Tanjung Bunga, Penang

Merupakan masjid yang pertama dibina di atas laut dan siap dengan rasminya pada tahun 2007. Masjid ini sering kali dikunjungi oleh pelancung yang singgah solat di sini. Masjid terapung ini terletak di tepi pantai terkenal di Tanjung Bunga, Pulau Pinang. Rekaan masjid berharga RM15 juta ini adalah gabungan seni bina tempatan dan Timur Tengah. Keindahan senibinanya berkonsepkan bentuk mutiara selaras dengan jolokan sebagai "Mutiara Timur". Ruang sembahyang utama boleh memuatkan kira-kira 1,000 jemaah dan 500 lagi di bahagian luar. Masjid baru dengan keluasan 1,295 meter persegi itu mempunyai ruang solat lelaki dan wanita serta boleh menampung kira-kira 250 kereta.

Dilaporkan juga binaan masjid ini amat kukuh ketika peristiwa tsunami melanda Pulau Pinang ia tetap teguh walaupun kawasan perkampungan di sekitar banyak yang musnah.

 

Friday, 27 April 2012

Kisah menarik dari masjid yang berkedudukan paling utara di dunia


Kisah menarik dari masjid yang berkedudukan paling utara di dunia, Masjid Midnight Sun, telah menginspirasi para pembuat filem Kanada untuk mengubahnya menjadi sebuah filem dokumentari.

"Ketika kami mendengar tentang kisah projek Masjid ini, kami langsung berfikir bahawa ini tidak biasa dan pasti akan membuat cerita besar untuk sebuah filem dokumentari," kata pembuat filem Saira Rahman kepada OnIslam.net.

Saira dan Nilufer Rahman diharapkan akan membuat filem dokumentari tentang Masjid Midnight Sun di Inuvik di Wilayah barat laut Kanada.

Berjudul "Masjid Artik", filem dokumentari ini akan menceritakan kisah perjalanan masjid sejauh 4,000 km pada tahunpada 2010 dari kota padang rumput Winnipeg di wilayah Manitoba menuju ke Inuvik, bandar yang paling utara di Kanada Artik.

"Sebenarnya, dua hari sebelum masjid melakukan perjalanan sejauh 4,000 km, Hussain Guisti, pengurus umum dari Zubaidah Tallab Foundation (yayasan amal Kanada yang menaja pembangunan masjid), bertanya sama ada kami akan tertarik untuk membuat sebuah filem tentang Masjid Kutub Utara," kata Saira.

Komuniti Muslim di Inuvik sangat kecil sehingga tidak mampu membina masjid baru kerana upah tenaga kerja dan bahan bangunan di wilayah Artik jauh lebih tinggi daripada di bahagian selatan Kanada.

Namun hal itu diselesaikan setelah Zubaidah Tallab Foundation, sebuah lembaga amal Islam berpusat di Manitoba, masuk dan mengumpulkan dana untuk membina masjid.

Kumpulan ini juga mencari pembekal bangunan prefabrikasi di Manitoba yang menghantar bangunan ke Inuvik dengan setengah harga dari bayaran membina masjid di bandar.

Perjalanan epik masjid kecil ini menarik perhatian antarabangsa kerana secara perlahan-lahan melalui jalan darat, menyusuri sungai hingga sampai ke destinasi akhir.

Inuvik terletak di Wilayah barat laut Kanada dan mempunyai populasi 3.600 orang, kira-kira seratus dari warga beragama Islam.

Muslim telah berhijrah ke bandar-bandar sumber yang lebih kecil, seperti Inuvik, untuk mencari pekerjaan dan berharap mendapat kualiti hidup yang lebih baik.

Menurut angka bancian terkini, penduduk Muslim dari Northwest Territories tumbuh dengan laju 300 peratus setiap dekad.

Kerana lokasinya di utara, Inuvik disebut 'Cahaya Matahari Tengah Malam' kerana mengalami rata-rata 56 hari sinar matahari terus menerus dan setiap musim panas selama hampir 30 hari, namun diselimuti gelap gelita setiap musim sejuk.

Komuniti Muslim di Inuvik mengikuti jadual solat dan puasa dari bandar Edmonton.

Persepsi Baru

Para pembuat filem berharap untuk menangkap drama dari pengembaraan masjid dan mengubah persepsi tentang Muslim di dunia yang sering merespon masjid dengan ketakutan dan kontroversi.

"Kami berharap bahawa orang yang menonton filem dokumentari ini akan mendapati bahawa ada jauh lebih banyak dari cerita tentang pembangunan masjid," kata Saira kepada OnIslam.net.

"Ini tentang penempaan sebuah komuniti yang unik dan kami tidak hanya berbicara tentang komuniti Muslim yang unik."

Saira mengatakan bahawa filem ini akan menunjukkan kesan masjid yang telah dibuat di bandar kecil.

"Masjid Midnight Sun, telah memberi kesan di seluruh Inuvik dan meletakkannya di dalam peta, sehingga menjadi nilai lebih.

"Kami berharap penonton akan terinspirasi oleh semangat tenaga dan komuniti positif yang kita saksikan saat syuting filem dokumentari tersebut."

Dokumentari ini dihasilkan oleh Buffalo Gal Pictures dan Snow Angel Films, yang dimiliki oleh dua bersaudara, Nilufer dan Saira Rahman.

Filem saat ini sedang dalam pasca pengeluaran, akan melalui 120 jam cuplikan, dan telah dilancarkan kempen online untuk mendapatkan respon dari penonton.

"Hanya tiga hari dari posting trailer kami di YouTube, kami mendapat lebih dari 10.000 views," kata Saira.

"Ini terbukti dari komentar kami bahawa orang-orang yang benar-benar ingin melihat filem ini."

Sumber: eramuslim.com

Tuesday, 25 October 2011

Masjid Negara


Masjid Negara Malaysia terletak di Kuala Lumpur . Dibina antara 1963 dan 27 Ogos 1965 , Masjid Negara merupakan lambang keagungan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia. Ia boleh menampung seramai 15,000 orang jemaah.

Masjid Negara terletak bersebelahan Stesen Keretapi Malaysia , Bangunan Daya Bumi , Pos Besar Malaysia , Muzium Kesenian Islam , Taman Burung Kuala Lumpur dan berdekatan Taman Tasik Perdana . Kawasan Masjid Negara seluas 13 ekar dan bangunan utamanya memenuhi lebih kurang 3 ekar. Seluruh kawasan masjid di kelilingi sebahagiannya oleh tembok konkrit dan sebahagiannya lagi oleh pagar berhias. Semuanya terdapat tujuh buah pintu masuk.Kemudahan untuk pelancong bukan islam juga disediakan seperti tandas awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang terletak berdekatan pintu masuk khusus pelancong luar dan dalam negara.

Sebelum terbinanya Masjid Shah Alam, Masjid Negara merupakan salah sebuah masjid yang paling moden di Asia Tenggara. Ia terletak di kawasan seluas 13 ekar, bertentangan pula dengan Perhentian Keretapi Kuala Lumpur. Pembinaan Masjid Negara ini melambangkan semangat perpaduan dan toleransi.

Hasrat untuk membina masjid ini timbul sebulan sebelum hari kemerdekaan. Sebuah majlis yang dahulunya dikenali sebagai Majlis Kerja Persekutuan memutuskan untuk mendirikan sebuah masjid sebagai tanda penghargaan kepada bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, terhadap jasa-jasanya kepada rakyat. Selepas mencapai kemerdekaan, Majlis Raja-Raja memperkenankan projek tersebut. Bagaimanapun, Tunku tidak mahu masjid dinamakan sempena namanya, tetapi sebaliknya mencadangkan ia dinamakan “Masjid Negara”.

Monday, 10 October 2011

Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin

Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin diambil sempena nama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Mula dibina pada 5 April 2004 dan telah diserahkan pengurusannya kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia  (JAKIM) pada 19 Ogos 2009. Masjid ini terletak di Presint 3, Putrajaya bersetentangan Istana Kehakiman atau “Palace Of Justice”. Lokasi masjid yang strategik dan menarik, di tepi tasik Putrajaya akan menjadi tarikan pengunjung dalam dan luar negara. Kilauan dan limpahan cahaya lampu pada waktu malam pastinya akan membuatkankan pemandangan bertambah indah bagi pengunjung yang menginginkan kedamaian dan ketenangan jiwa. Masjid ini juga dikenali Masjid Besi oleh pengunjung.

Thursday, 15 September 2011

Masjid Putra


Masjid Putra dinamakan sempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj merupakan salah satu mercu tanda utama di Putrajaya. Kedudukannya adalah bersebelahan dengan Dataran Perdana dan berhadapan dengan Tasik Putrajaya. Masjid ini mula dibina pada Jun 1997 dan siap serta diserahkan kepada JAKIM pada 1 September 1999 iaitu selama 2 tahun.

Keluasan masjid ini seluas 1.37 hektar. Kawasan masjid bermula masuknya di Pintu Utama sehinggalah ke dalam kawasan masjid. Manakala Dataran Putra dan Souq tidak berada dalam lingkungan kawasan masjid. Arkitek yang membina masjid ini iaitu Y. Bhg. Dato’ Dr. Nik Mohamad Bin Mahmood dari Kumpulan Senireka Sdn. Bhd. Kos pembinaan masjid ini menelan belanja kira-kira RM 250 juta dan kos penyelenggaraan anggaran RM 100 ribu. Pembinaan masjid ini berkonsepkan 2 konsep iaitu Timur Tengah dan Tradisional Melayu