Monday, 23 April 2012

MULIA ADIK : SANGGUP KORBAN DEMI ABANG

Mulia dan tulusnya seorang adikl apabila sanggup mengorbankan dirinya sendiri untuk kesihatan abang kandungnya sendiri. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham di atas pengorbanan jiwa dan raganya itu.

Kepada yang hidup mari sama-sama kita insaf dan bertaubat di atas apa juga kesalahan dan kemaksiatan yang kita lakukan.

“Adik sanggup dermakan apa saja asalkan abang selamat,” kata Muhammad Muaz Yusof, 13, kepada ibunya sebelum dia meninggal dunia di rumahnya di Kampung Molek, di sini, semalam, akibat paru-paru berair selepas dua hari mendermakan darah dan sum-sum tulang belakang kepada abangnya yang menghidap leukemia.

Muaz yang juga pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Sultan Omar, di sini, berkata demikian kepada ibunya, Asma Ismail, 51, beberapa minit sebelum memasuki bilik rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, Sabtu lalu, untuk menjalani proses pemindahan darah dan sum-sum tulang belakangnya.

Asma berkata, anak kelimanya, Mohd Munawar, 21, disahkan menghidap leukemia sejak empat bulan lalu dan sering mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan, sebelum diarah doktor menemui pakar di HUKM.

“Pakar mengesahkan Munawar memerlukan darah jenis A- termasuk sum-sum tulang belakang dan arwah mempunyai darah jenis sama dengan abangnya sebelum kami sekeluarga ke HUKM untuk menjalani proses pemindahan darah dan sum-sum tulang belakang,” katanya.

Katanya, sebelum memasuki bilik rawatan itu Sabtu lalu, dia bertanya arwah sama ada takut atau tidak, namun arwah berkata, dia sanggup dermakan apa saja demi menyelamatkan nyawa abangnya itu

Sumber : Harian Metro

Tuesday, 17 April 2012

Kasih anak terhadap ibuya


Ketika kita bergembira bermain bersama keluarga
Ketika kita dibelai kasih sayang ibubapa
Ketika kita gelak ketawa bersama kawan-kawan
Ketika kita selesa belajar di sekolah
Ketika guru kita tak jemu mengajar kita..
Sungguh beruntung kita.....

Namun masih ada kawan kita di luar sana.. tak tertanggung bebannya... Tetapi itulah kekuasaan Allah s.w.t... sahabat kita ini diberi kekuatan untuk menjadi anak yang baik...

Ya Allah jadikanlah aku sebagai anak yang suka berbuat baik kepada ibu dan bapa

Sunday, 8 April 2012

Tahukah anda, setiap satu saat kira-kira 16 juta tan air mengewap dari bumi


Menurut satu kajian, dalam satu saat, kira-kira 16 juta tan air mengewap dari bumi. Angka ini menghasilkan 513 trilion tan air setiap tahun. Angka ini ternyata sama dengan jumlah hujan yang jatuh ke bumi dalam satu tahun.

Setiap satu tahun, air hujan yang menguap dan turun kembali ke Bumi dalam bentuk hujan berjumlah "tetap": iaitu 513 trilion tan.

Dalam surah Az-Zukhruf [43] ayat 11,'' Dan Yang menurunkan air dari langit menurut kadar (yang diperlukan) lalu Kami hidupkan dengan air itu negeri yang mati, seperti itulah kamu akan dikeluarkan (dari dalam kubur). ''

Doa ketika Hujan Turun

للهم سقيا هنيئاصـيبا نافعا اللهم اجعله صيب رحـمة ولا تجعله صيب عذاب

Ya Allah,(jadikanlah hujan ini) sebagai siRaman yang menyenangkan dan hujan yang beRmanfaat. Ya Allah, jadikanlah hujan ini Rahmat dan jangan Engkau jadikan hujan siksaan.” (H.R. Ibnus Sunny)

Tips Nak Tidur Dalam Kelas