Thursday, 4 July 2013

Resepi Bubur Nasi Ciptaan Abah Semasa Saya Demam

Minggu ini saya, Qistina, Baby Muhammad termasuk Abah mengidapi demam dan batuk batuk. Abah dan Mama sangat risau tentang kesihatan kami. Saya yang paling teruk demam. Abah sukat suhu saya selalu. Suhu\ badan saya antara 39°C hingga 40.5°C. Selera makan saya sudah kurang. Abah kata kakak perlu makan, untuk menambah tenaga bagi melawan demam. Saya meminta abah memasak bubur nasi. Abah bersetuju. Setelah bubur nasi masak saya makan dengan selera. Saya minta abah salin resepi tersebut untuk saya masukkan kedalam blog. Untuk kegunaan saya bila abah, mama dan adik saya demam nanti. Beikut adalah resepinya


  • Daging ayam secukupnya dipotong kecil.
  • ½ gemgam ikan bilis
  • 1 biji ubi kentang dipotong dadu
  • 1 batang karot dipotong dadu
  • 3 biji bawang putih dihiris nipis
  • 5 biji bawang merah dihiris nipis
  • 1 inci halia dihiris halus
  • 2 sudu besar rempah sup
  • 2 cawan beras dibasuh dan direndam dari 5 hingga 10 minit
  • Lada sulah dan lada hitam untuk rasa sedikit pedas (supaya selera). Abah kata lada hitam amat berguna untuk membunuh virus.
  • 1 ketul chicken kiub
  • Sedikit garam.
  • Daun sup.
 Langkah-langkah memasak
  1. Tumis bawang merah bersama-sama daging ayam dan ikan bilis dengan api perlahan.
  2. Apabila sudah 5 minit masukan 2 cawan air, kemudian masukan rempah sup, bawang putih dan halia.
  3. Apabila rempah tersebut sudah masak dan berbau harum masukan kentang dan karot dan tambahkan air. Dan masukan 1 ketul chicken kiub
  4. Kemudian masukan garam, lada sulah dan lada hitam secukup rasa supaya ia menyelerakan.
  5. Kemudian masukan beras dan tambah air secukup dan masak sehingga nasi menjadi bubur.
  6. Apabila siap masak bolehlah hiding bersama daun sup… menyelerakan… cubalah

No comments:

Post a Comment