Gigi merupakan struktur putih kecil yang terdapat di dalam mulut manusia. Gigi digunakan untuk mengoyak, mengikis, memotong dan mengunyah makanan. Akar gigi diselaputi oleh gusi. Berikut ialah fakta tentang gigi manusia
- Terdapat dua set gigi manusia pada waktu iaitu gigi susu untuk kanak-kanak dan gigi kekal untuk orang dewasa.
- Ada empat jenis gigi dalam satu set lengkap gigi manusia iaitu gigi kacip, gigi taring, gigi geraham kecil dan gigi geraham besar.
- Kanak-kanak mempunyai 20 batang gigi dan gigi pertama mereka akan tumbuh ketika mereka berumur 6 bulan.
- Kanak-kanak akan mula kehilangan gigi susu mereka bermula pada umur 7 tahun.
- Seorang dewasa mempunyai 32 batang gigi kekal.
- Selain daripada menguyah makanan gigi juga digunakan untuk membantu percakapan.
- Enamel yang menyelaputi gigi manusia merupakan bahan paling keras pada badan manusia.
- Gigi susu yang sudah bergoyang menandakan bahawa gigi kekal sudah tumbuh ke permukaan menghakis akar gigi susu tersebut. Ia akan tercabut dengan sendiri atau boleh dicabut oleh doktor. Sekiranya gigi susu yang dicabut terlalu awal boleh menyebabkan gigi kekal yang
tumbuh secara tidak tersusun.
Fungsi empat jenis gigi
Pada manusia dapat terdapat empat jenis gigi di dalam mulut manusia.
- Gigi Kacip: Gigi Kacip adalah gigi yang memiliki satu akar yang berfungsi untuk memotong dan mengerat makanan atau benda lainnya.
- Gigi Taring: Gigi taring adalah gigi yang memilki satu akar dan memiliki fungsi untuk mengoyak makanan atau benda lainnya.
- Gigi Geraham Kecil: Gigi graham kecil adalah gigi yang punya dua akar yang berfungsi untuk menggilas dan mengunyah makanan atau benda lainnya.
- Gigi Geraham: Gigi geraham adalah gigi yang memiliki tiga akar yang memiliki fungsi untuk melumat dan mengunyah makanan atau benda-benda lainnya.
No comments:
Post a Comment