Inginku khabarkan. Tatkala nyiur melambai, liur lentoknya cukup mengamit perasaan. Sermerbaknya kasturi desa. Terpana seketika hati ini diulit momen di lewat musim itu...
Mereka yang berada di situ semua berhenti lalu menoreh ke arah cahaya yang ditunjukkan oleh Ibrahim. Benar apa yang dikatakannya. Dalam dusun yang gelap itu, terdapat cahaya kecil yang seakan-akan terapung-apung di udara.
"Kak Ana... Abang im, malam ni malam Jumaat, kan?" kata Luqman dengan suara yang cemas.
"Hantu" teriak Hafez dengan tiba-tiba.
"Lari, ada hantu"
Ulasan Saya
Novel ini abah belikan pada awal tahun ini. Oleh kerana saya masih belum sibuk dengan kerja sekolah, saya dapat habiskan novel ini dalam masa dua hari. Novel ini banyak mengajar perkara-perkara baru dalam kehidupan seseorang. Ia dapat membantu saya supaya berfikran lebih matang.
No comments:
Post a Comment