Sunday, 18 March 2012

Mengapa Murid Perlu Kreatif dan Inovatif?


Kreativiti perlu dibangunkan dalam kalangan murid sejak peringkat awal persekolahan. Ia bertujuan untuk membolehkan mereka tahu potensi dan kecenderungan diri serta mencetuskan potensi yang tersembunyi dalam diri mereka. Antara kepentingan kreativiti kepada murid adalah untuk:
  1. Menggalakkan murid meneroka bidang dan teknologi baru.
  2. Membiasakan minda mencari jawapan yang bilazim dan tidak konvensional.
  3. Mencerna idea untuk menghasilkan penulisan bagi menyelesaikan tugasan dengan lebih lancar.
  4. Menilai kualiti hasil kerja yang dihasilkan dan membuat penambahbaikan.
  5. Mengerahkan pemikiran bercapah dan ‘think out of the box’.
  6. Mencari penyelesaian berdasarkan penaakulan, imaginasi dan visualisasi.
  7. Menyerlahkan personaliti individu yang kreatif.

No comments:

Post a Comment