Sunday, 2 October 2011
Hari Kanak-Kanak Sedunia
Hari Kanak-Kanak Sedunia disambut pada mana-mana hari Sabtu dalam bulan Oktober setiap tahun di Malaysia
Objektif Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia [World Children's Day] yang diadakan saban tahun adalah untuk memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada generasi kanak-kanak. Sambutan ini diharap dapat memberi kesedaran mengenai peranan dan tanggungjawab kerajaan dan masyarakat untuk memelihara hak dan masa depan kanak-kanak.
kami juga anak dunia
punya hak untuk merasa
aman bahagia juga sejahtera
walau pun kami terlewat tiba
pusaka kami bebas dirompak
kalian kamu buta tak nampak
warisan kami musnah dilanyak
bukankah kami semuanya layak
kami hadir ke dunia ini
bersama tiket milik sendiri
kami membawa budi pekerti
bukan meminta mohon simpati
Dalam kemeriahan acara dan keseronokan memberi hadiah, sama ada sedar atau tidak banyak pihak sebenarnya sedang menghancur dan memusnahkan hak kanak-kanak ini tanpa kawalan. Pastinya kita tidak mahu menjadi seperti Jepun yang terpaksa meninggalkan radiasi nuklear kepada anak-anak mereka yang bakal lahir nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment