Monday 4 June 2012

Akibat Khayal Ganja !!! Seorang Ibu Lupa Letak Bayi Atas Bumbung Kereta Dan ....?


PHOENIX: Polis di sini menahan seorang wanita yang didakwa memandu keretanya selepas terlupa bayinya yang berusia lima minggu berada di atas bumbung kenderaan itu. Jurucakap polis, James Holmes berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kejadian itu semalam selepas saksi melihat seorang bayi dalam kerusi keselamatan berada di tengah jalan di satu simpang jalan raya. Kanak-kanak itu tidak cedera. Dia kini di bawah jagaan Perkhidmatan Perlindungan Kanak-Kanak Arizona. Pihak berkuasa berkata, ibu bayi itu, Catalina Clouser, 19, teman lelaki dan kawannya menghisap ganja di taman berhampiran pada petang kejadian. Clouser yang menyambung menghisap ganja di rumah rakannya pada malam itu, terlupa dia meletakkan bayinya yang lena di atas bumbung kereta, lalu memandu pulang. - AP Nota : itulah akibat dari masalah ketagihan menghisap ganja yang memudaratkan diri pada sendiri dan orang lain ..jauhilah dadah

Sumber: http://kachipemas.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment