Friday 22 June 2012

kenali nuri & promosi nuri





Hi semua,
Laman web kelab kesayangan adik-adik kini berwajah baharu. Bukan itu sahaja, malah Nuri juga kini tampil dengan kostum yang baharu dan lebih berwarna-warni.

Laman web Kelab Nuri kini lebih berinformatif serta padat dengan berita-berita dan juga aktiviti menarik kelab. Di samping lebih interaktif dengan adanya sudut-sudut meriangkan seperti Sudut Permainan, Galeri Foto, Aktiviti Bersama Nuri, adik-adik turut boleh mengulangkaji pelajaran di Sudut Sekolah dan mengetahui akan promosi terbaharu kelab menerusi ruang Promosi Kelab Nuri.

Bukan itu sahaja, adik-adik juga boleh membaca celoteh Abang Happy yang bukan sahaja menghiburkan namun kaya dengan nasihat. Selain itu, adik-adik turut boleh menyertai soal jawab bersama Abang Happy di ruangan ini. Manalah tahu, jawapan/soalan adik-adik terpilih untuk disiarkan nanti.





Kini lebih mudah untuk adik-adik mengetahui serta mendapatkan maklumat mengenai promosi terkini Kelab Nuri.

Hanya klik mana-mana kotak promosi yang sedang atau bakal berlangsung di bawah untuk maklumat terperinci. Sudah pasti adik-adik tidak akan terlepas peluang menikmati pelbagai keistimewaan menjadi ahli Kelab Nuri. Menabung di samping mendapat bermacam-macam faedah menarik. Pastinya seronok di Kelab Nuri!

Kalau adik adik masuk, adik adik perlu lah membuka di laman web www.kelabnuri.com.my

No comments:

Post a Comment