Monday, 14 January 2013

AZAB ALLAH KEPADA TENTERA BERGAJAH YANG AKAN MENGHANCURKAN KA'BAH

Surah al-Fil



 Maksud surah al-Fil
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Allah SWT berfirman yang bermaksud: Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada tentera (yang dipimpin oleh pembawa gajah, yang hendak meruntuhkan Kaabah)? Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Kaabah) itu sia-sia? Dan Dia menghantarkan / mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong. Yang melempari mereka dengan batu (berasal) daripada tanah yang terbakar. Lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat).

Burung Ababil
  • Dalam surah al-Fil diterangkan bahawa Allah SWT menyelamatkan Kaabah daripada serangan orang kafir yang ingin menghancurkan syiar agama-Nya dengan cara menghantar burung Ababil.
  • Burung-burung itu melempar pasukan bergajah dengan batu panas dan beracun sehingga mereka diserang penyakit dan menemui maut.
  • Pasukan bergajah Abrahah itupun hancur bagai daun kayu dimakan ulat dan mereka akhirnya menemui ajal masing-masing.
  • Abrahah sendiri, menurut salah satu riwayat, menemui ajal ketika sampai di kota asalnya, Sanaa di Yaman.
Pasukan tentera bergajah

  • Kata ashbab al-fil dalam surah al-Fil ayat pertama merujuk kepada pasukan bergajah yang dipimpin oleh Abrahah, gabenor Yaman yang berada di bawah kekuasaan Raja Najashi dari Habsyah.
  • Abrahah dan pasukannya yang menunggang gajah berhasrat untuk menghancurkan Kaabah agar orang Arab tidak lagi menunaikan ibadah haji di sana, tetapi di gereja yang telah dibinanya di Yaman.
  • Sepanjang menuju ke Mekah, Abrahah dan pasukannya mengalahkan semua pihak yang berusaha menghalangi usaha mereka.
  • Sebelum tiba di Mekah, Abrahah bersama pasukan bergajahnya menghantar utusan memberitahu penduduk Mekah bahawa penyerangan dilakukan itu bertujuan untuk menghancurkan Kaabah, bukan untuk memerangi masyarakat kota itu.

Abrahah dan tentera bergajah dihancurkan
Abrahah dan tentera bergajah dihancurkan Allah swt dengan lontaran batu Sijjil daripada neraka yang diriwayatkan sebesar sebiji kacang yang mana telah dibawa oleh burung Ababil. Lontaran batu tersebut bagaikan hempasan peluru berpandu sehingga menghancurkan seluruh tentera bergajah miliknya. Allah swt mengibaratkan mereka seperti daun-daun yang dimakan ulat.

Batu Sijjil


Akar Tumbuhan dan Fungsinya

Akar merupan bahagian tumbuhan yang arah tumbuhnya ke dalam tanah. Umumnya akar berada di dalam tanah dan biasanya berwarna keputih-putihan atau kekuning-kuningan. Bentuk akar sebagian besar meruncing pada hujungnya untuk memudahkan akar menembusi tanah. Akar memiliki beberapa bahagian utama, iaitu inti akar, rerambut akar, dan tudung akar.

Inti Akar: Inti akar terdiri atas pembuluh kayu dan pembuluh tapis. Pembuluh kayu berfungsi mengangkut air dari akar ke daun. Pembuluh tapis berfungsi mengangkut hasil fotosintesis dari daun ke seluruh bagian tumbuhan.
Rerambut Akar: Rerambut akar berbentuk serabut halus dan terletak di dinding luar akar. Fungsi rerambut akar adalah mencjalar di antara butiran tanah, supaya akar dapat menembus masuk ke dalam tanah. Selain itu, rerambut akar juga berfungsi menyerap air dari dalam tanah.

Tudung Akar: Tudung akar terletak di hujung akar berfungsi untuk melindungi akar ketika menembus tanah.

Akar terdiri dari dua jenis, iaitu akar serabut dan akar tunjang.

Akar Serabut

Akar serabut tumbuh di pangkal batang, dan besarnya hampir sama. Tumbuhan yang mempunyai akar jenis ini, umunya tumbuhan jenis daun berselari dan monotil contohnya pakok  rumput, padi, jagung,

Akar Tunjang

Akar tunjang ialah akar besar yang bersambung dengan batang pokok dan mempunyai cabang-cabang dari akar utama. Perbezaan antara akar utama dan akar cabang sangat nyata. Tumbuh berakar jenis ini mempunyai daun jenis berjala dan dikotil contohnya pokok mangga, kembong.

Fungsi Akar

Antara fungsi-funsi akar adalah seperti berikut;

a. Menyerap air dan mineral.

Tumbuhan memerlukan air dan mineral untuk terus, akar digunakan untuk menyerapn air dan mineral dari dalam tanah. Akar akan tumbuh memanjang menuju sumber yang banyak mengandung air.

b. Menahan tumbuhan daripada tumbang.

Akar di dalam tanah berfungsi seperti cerucuk bangunan. Akar membuat tumbuhan dapat berdiri kukuh di atas tanah. Oleh kerana itu, tumbuhan dapat bertahan dari tiupan angin kencang dan hujan lebat.

c. Sebagai alat Pernafasan.

Selain menyerap air dan mineral, akar juga menyerap udara dari dalam tanah. Pada tanah terdapat pori-pori. Melalui pori-pori tersebut akar tumbuhan memperoleh udara dari dalam tanah.

d. Sebagai penyimpanan makanan.

Pada tumbuhan tertentu, seperti ubi kayu, akar digunakan sebagai tempat menyimpan makanan. Biasanya, akar pada tumbuhan tersebut akan membesar seiring banyaknya makanan yang tersimpan. Makanan simpanan ini digunakan ketika menghadapi musim kemarau atau ketika kekuranagan sumber makanan.

Manusia juga sering menggunakan akar tumbuhan untuk keperluan hidupnya. Misalnya, sebagai sumber makanan, contohnya ubi kayu, ubi keledek, kunyit dan ubi kentang

Sunday, 13 January 2013

Mata

Mata merupakan satu daripada enam pancaindera kurniaan Allah kepada manusia. Dengannya manusia berupaya melakukan inovasi untuk manfaat manusia itu sendiri. Menerus mata juga manusia dapat menggerakkan akal bagi menilai sesuatu sama ada baik mahupun buruk. Banyak pengalaman dan pembelajaran manusia berlangsung menerusi pancaindera ini.
 
Mata terdiri dari otot mata, bola mata dan saraf mata serta alat tambahan mata iaitu kenig, kelopak mata, dan bulu mata. Alat tambahan mata ini berfungsi melindungi mata dari gangguan lingkungan. Kening mata berfungsi untuk melindungi mata dari keringat, kelopak mata melindungi mata dari benturan dan bulu mata melindungi mata dari cahaya yang kuat, debu dan kotoran.
 
Fungsi bahagian-bahagian mata adalah sebagai berikut:
  1. Kornea mata berfungsi untuk menerima rangsang cahaya dan meneruskannya ke bagian mata yang lebih dalam.
  2. Lensa mata berfungsi meneruskan dan memfokuskan cahaya agar bayangan benda jatuh ke lensa mata.
  3. Iris berfungsi mengatur banyak sedikitnya cahaya yang masuk ke mata
  4. Pupil berfungsi sebagai saluran masuknya cahaya.
  5. Retina berfungsi untuk membentuk bayangan benda yang kemudian dikirim oleh oleh saraf mata ke otak
  6. Otot mata berfungsi mengatur gerakan bola mata
  7. Saraf mata berfungsi meneruskan rangsang cahaya dari retina ke otak
Tahukah Kita:
  1. Saiz bola mata tidak sampai sebesar bola ping pong
  2. Garis pusat bola mata dewasa kira-kira 2.5 cm sahaja
  3. Mata mampu mengendalikan sehingga 1.5 juta maklumat serentak
  4. Mata mempunyai puluhan juta hubungan elektrik untuk menghantar maklumat
  5. Dari keseluruhan permukaan mata, hanya 1/6 terdedah
  6. Bulu mata berperanan memerangkap habuk dari memasuki mata
  7. Bulu kening (alis) berperanan menghalang peluh dari memasuki mata
  8. Kanta mata terdiri daripada lapisan protein seperti lapisan bawang
  9. Bahagian Retina mata mengandungi 130 juta sel
  10. Air mata berfungsi membersihkan mata daripada habuk, bakteria dan kotoran, serta turut membekalkan oksigen kepada kornea. Ia juga mampu membunuh mikroorganisma dengan enzim lisozimnya
  11. Kelopak mata mengekalkan kornea agar sentiasa basah
  12. Mata kita dapat melihat dan membezakan lebih kurang 7 hingga 10 juta warna.
  13. Retina hanya setipis kertas.
  14. Mata berkedip 15 kali seminit atau 21,600 kali sehari atau lapan juta kali kerlipan mata setahun.
  15. Kita tidak mungkin bersin dengan mata terbuka.
  16. Mata kiri dan kanan perlu bergabung untuk menentukan jarak sesuatu objek.
  17. Statistik di Singapura mencatatkan rabun jauh adalah gangguan yang sangat umum di kalangan generasi muda dan data dari School Health Service merekodkan setiap tahun jumlah kanak-kanak yang mengalami masalah rabun jauh semakin meningkat.
  18. Masalah rabun jauh boleh berlarutan sehingga menyebabkan masalah kesihatan lain seperti retinal detachment dan sebagainya.

Sunday, 6 January 2013

Gigi Manusia

Gigi merupakan struktur putih kecil yang terdapat di dalam mulut manusia. Gigi digunakan untuk mengoyak, mengikis, memotong dan mengunyah makanan. Akar gigi diselaputi oleh gusi. Berikut ialah fakta tentang gigi manusia
  1. Terdapat dua set gigi manusia pada waktu iaitu gigi susu untuk kanak-kanak dan gigi kekal untuk orang dewasa.
  2. Ada empat jenis gigi dalam satu set lengkap gigi manusia iaitu gigi kacip, gigi taring, gigi geraham kecil dan gigi geraham besar.
  3. Kanak-kanak mempunyai 20 batang gigi dan gigi pertama mereka akan tumbuh ketika mereka berumur 6 bulan.
  4. Kanak-kanak akan mula kehilangan gigi susu mereka bermula pada umur 7 tahun.
  5. Seorang dewasa mempunyai 32 batang gigi kekal.
  6. Selain daripada menguyah makanan gigi juga digunakan untuk membantu percakapan.
  7. Enamel yang menyelaputi gigi manusia merupakan bahan paling keras pada badan manusia.
  8. Gigi susu yang sudah bergoyang menandakan bahawa gigi kekal sudah tumbuh ke permukaan menghakis akar gigi susu tersebut. Ia akan tercabut dengan sendiri atau boleh dicabut oleh doktor. Sekiranya gigi susu yang dicabut terlalu awal boleh menyebabkan gigi kekal yang
    tumbuh secara tidak tersusun.
Fungsi empat jenis gigi
Pada manusia dapat terdapat empat jenis gigi di dalam mulut manusia.
  1. Gigi Kacip: Gigi Kacip adalah gigi yang memiliki satu akar yang berfungsi untuk memotong dan mengerat makanan atau benda lainnya.
  2. Gigi Taring: Gigi taring adalah gigi yang memilki satu akar dan memiliki fungsi untuk mengoyak makanan atau benda lainnya.
  3. Gigi Geraham Kecil: Gigi graham kecil adalah gigi yang punya dua akar yang berfungsi untuk menggilas dan mengunyah makanan atau benda lainnya.
  4. Gigi Geraham: Gigi geraham adalah gigi yang memiliki tiga akar yang memiliki fungsi untuk melumat dan mengunyah makanan atau benda-benda lainnya.

Rasulullah s.a.w. dan pengemis Yahudi buta

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah s.a.w. mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah s.a.w. menyuap makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah s.a.w melakukannya hingga menjelang Nabi Muhammad s.a.w. wafat. Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah itu?", tanya Abu Bakar r.a. Setiap pagi Rasulullah s.a.w. selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.

Ke esokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "Siapakah kamu ?". Abu Bakar r.a menjawab, "Aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah s.a.w. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia. Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar r.a.

Sumber: http://www.mukmin.com.my