Sunday, 13 January 2013

Mata

Mata merupakan satu daripada enam pancaindera kurniaan Allah kepada manusia. Dengannya manusia berupaya melakukan inovasi untuk manfaat manusia itu sendiri. Menerus mata juga manusia dapat menggerakkan akal bagi menilai sesuatu sama ada baik mahupun buruk. Banyak pengalaman dan pembelajaran manusia berlangsung menerusi pancaindera ini.
 
Mata terdiri dari otot mata, bola mata dan saraf mata serta alat tambahan mata iaitu kenig, kelopak mata, dan bulu mata. Alat tambahan mata ini berfungsi melindungi mata dari gangguan lingkungan. Kening mata berfungsi untuk melindungi mata dari keringat, kelopak mata melindungi mata dari benturan dan bulu mata melindungi mata dari cahaya yang kuat, debu dan kotoran.
 
Fungsi bahagian-bahagian mata adalah sebagai berikut:
  1. Kornea mata berfungsi untuk menerima rangsang cahaya dan meneruskannya ke bagian mata yang lebih dalam.
  2. Lensa mata berfungsi meneruskan dan memfokuskan cahaya agar bayangan benda jatuh ke lensa mata.
  3. Iris berfungsi mengatur banyak sedikitnya cahaya yang masuk ke mata
  4. Pupil berfungsi sebagai saluran masuknya cahaya.
  5. Retina berfungsi untuk membentuk bayangan benda yang kemudian dikirim oleh oleh saraf mata ke otak
  6. Otot mata berfungsi mengatur gerakan bola mata
  7. Saraf mata berfungsi meneruskan rangsang cahaya dari retina ke otak
Tahukah Kita:
  1. Saiz bola mata tidak sampai sebesar bola ping pong
  2. Garis pusat bola mata dewasa kira-kira 2.5 cm sahaja
  3. Mata mampu mengendalikan sehingga 1.5 juta maklumat serentak
  4. Mata mempunyai puluhan juta hubungan elektrik untuk menghantar maklumat
  5. Dari keseluruhan permukaan mata, hanya 1/6 terdedah
  6. Bulu mata berperanan memerangkap habuk dari memasuki mata
  7. Bulu kening (alis) berperanan menghalang peluh dari memasuki mata
  8. Kanta mata terdiri daripada lapisan protein seperti lapisan bawang
  9. Bahagian Retina mata mengandungi 130 juta sel
  10. Air mata berfungsi membersihkan mata daripada habuk, bakteria dan kotoran, serta turut membekalkan oksigen kepada kornea. Ia juga mampu membunuh mikroorganisma dengan enzim lisozimnya
  11. Kelopak mata mengekalkan kornea agar sentiasa basah
  12. Mata kita dapat melihat dan membezakan lebih kurang 7 hingga 10 juta warna.
  13. Retina hanya setipis kertas.
  14. Mata berkedip 15 kali seminit atau 21,600 kali sehari atau lapan juta kali kerlipan mata setahun.
  15. Kita tidak mungkin bersin dengan mata terbuka.
  16. Mata kiri dan kanan perlu bergabung untuk menentukan jarak sesuatu objek.
  17. Statistik di Singapura mencatatkan rabun jauh adalah gangguan yang sangat umum di kalangan generasi muda dan data dari School Health Service merekodkan setiap tahun jumlah kanak-kanak yang mengalami masalah rabun jauh semakin meningkat.
  18. Masalah rabun jauh boleh berlarutan sehingga menyebabkan masalah kesihatan lain seperti retinal detachment dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment