Monday, 14 January 2013

AZAB ALLAH KEPADA TENTERA BERGAJAH YANG AKAN MENGHANCURKAN KA'BAH

Surah al-Fil



 Maksud surah al-Fil
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Allah SWT berfirman yang bermaksud: Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada tentera (yang dipimpin oleh pembawa gajah, yang hendak meruntuhkan Kaabah)? Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Kaabah) itu sia-sia? Dan Dia menghantarkan / mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong. Yang melempari mereka dengan batu (berasal) daripada tanah yang terbakar. Lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat).

Burung Ababil
  • Dalam surah al-Fil diterangkan bahawa Allah SWT menyelamatkan Kaabah daripada serangan orang kafir yang ingin menghancurkan syiar agama-Nya dengan cara menghantar burung Ababil.
  • Burung-burung itu melempar pasukan bergajah dengan batu panas dan beracun sehingga mereka diserang penyakit dan menemui maut.
  • Pasukan bergajah Abrahah itupun hancur bagai daun kayu dimakan ulat dan mereka akhirnya menemui ajal masing-masing.
  • Abrahah sendiri, menurut salah satu riwayat, menemui ajal ketika sampai di kota asalnya, Sanaa di Yaman.
Pasukan tentera bergajah

  • Kata ashbab al-fil dalam surah al-Fil ayat pertama merujuk kepada pasukan bergajah yang dipimpin oleh Abrahah, gabenor Yaman yang berada di bawah kekuasaan Raja Najashi dari Habsyah.
  • Abrahah dan pasukannya yang menunggang gajah berhasrat untuk menghancurkan Kaabah agar orang Arab tidak lagi menunaikan ibadah haji di sana, tetapi di gereja yang telah dibinanya di Yaman.
  • Sepanjang menuju ke Mekah, Abrahah dan pasukannya mengalahkan semua pihak yang berusaha menghalangi usaha mereka.
  • Sebelum tiba di Mekah, Abrahah bersama pasukan bergajahnya menghantar utusan memberitahu penduduk Mekah bahawa penyerangan dilakukan itu bertujuan untuk menghancurkan Kaabah, bukan untuk memerangi masyarakat kota itu.

Abrahah dan tentera bergajah dihancurkan
Abrahah dan tentera bergajah dihancurkan Allah swt dengan lontaran batu Sijjil daripada neraka yang diriwayatkan sebesar sebiji kacang yang mana telah dibawa oleh burung Ababil. Lontaran batu tersebut bagaikan hempasan peluru berpandu sehingga menghancurkan seluruh tentera bergajah miliknya. Allah swt mengibaratkan mereka seperti daun-daun yang dimakan ulat.

Batu Sijjil


No comments:

Post a Comment