Thursday, 6 February 2014
Monday, 30 September 2013
Resepi Kari Ikan Abah
Ini bukan gambar sebenar, saya tidak sempat ambil gambar kari ikan yang abah masak, sebab masa tu kami sedang menikmati kelazatan resepi Kari Ikan Abah
Bahan-Bahan:
- 6 ekor ikan kembung sederhana besar
- 8 ulas bawang merah dan dihiriskan
- 5 ulas bawang putih dihiriskan
- 5 Sudu besar rempah kari ikan
- 1 Sudu besar rempah Ali taiping
- ½ gelas air asam jawa
- 2 tangkai daun kari
- 2 biji tomato
- 8 biji kacang bendi
- 1 Kotak santan
- Halba Campur
- Garam bukit secukup rasa
Cara
Panaskan minyak dan masukkan halba campur. Apabila berbau harum, dengan cepat masukan bawang yang dihiris untuk menumis dan daun kari Kemudian masukkan rempah kari ikan rempah Ali bersama-sama air asam jawa. Masak sehingga hilang bau rempah, masukkan sedikit air supaya rempah tidak kering. Kemudian tambah Santan dan 2 cawan air, biar sehingga mendidih. Lebih kurang 5 hingga 10 minit masuk ikan. Biarkan ikan itu masak dan masukan tomato dan bendi. Akhir sekali masukan garam bukit sehingga rasanya memuaskan biarkan sehingga 2-3 minit. Cubalah
Friday, 27 September 2013
Khasiat Vitamin B1, B6 Dan B12
Terkadang kita jadi mudah sengal-sengal setelah bekerja berat atau bersenam. ada juga orang yang mudah pegal walaupun tidak bekerja apa-apa. mungkin saja sengal yang paling akhir ini di sebabkan kerana faktor kekurangan sejumlah Vitamin b1, Vitamin b6 serta Vitamin b12. ketiga-tiganya Vitamin tersebut sangat diperlukan tubuh untuk metabolisme karbohidrat, lemak serta protein menjadi tenaga. juga khasiat untuk memelihara rangkaian saraf-saraf. Namun tak hanya berperanan untuk metabolisme saja, ketiga Vitamin ini juga berguna pada beberapa bahan makanan yang kita jumpai didalam kehidupan sehari-hari
Faedah Dan Khasiat Dari VIT. B1, B6 serta B12 tersebut ?
Sumber Vitamin B: beras merah, kuning telur, ikan, kacang-kacangan serta gandum
Khasiat: membuat lancar metabolisme membuat lancar peredaran darah mengoptimumkan kegiatan kognitif serta manfaat otak mengelak terjadinya rusaknya saraf memulihkan masalah saraf pusat serta pinggir
Sumber Vitamin B6: ragi kering, daging, hati, ginjal, ikan, lemak, kacang-kacangan, beras tumbuk
Khasiat: membuat lancar metabolisme menolong penghantaran impuls saraf menambah kekebalan tubuh melindungi keseimbangan garam-garam mineral menolong sintetik rna serta dna
Vitamin B12 bersumber : hati, ikan, susu serta olahannya, daging, telur serta rumput laut
Khasiat: mengelak rosaknya saraf membentu pembentukan sel darah merah membuat lancar metabolisme sistem tubuh merubah karbohidrat, protein serta lemak jadi tenaga yang jelas, makan makanan berkhasiat.
Faedah Dan Khasiat Dari VIT. B1, B6 serta B12 tersebut ?
Sumber Vitamin B: beras merah, kuning telur, ikan, kacang-kacangan serta gandum
Khasiat: membuat lancar metabolisme membuat lancar peredaran darah mengoptimumkan kegiatan kognitif serta manfaat otak mengelak terjadinya rusaknya saraf memulihkan masalah saraf pusat serta pinggir
Sumber Vitamin B6: ragi kering, daging, hati, ginjal, ikan, lemak, kacang-kacangan, beras tumbuk
Khasiat: membuat lancar metabolisme menolong penghantaran impuls saraf menambah kekebalan tubuh melindungi keseimbangan garam-garam mineral menolong sintetik rna serta dna
Vitamin B12 bersumber : hati, ikan, susu serta olahannya, daging, telur serta rumput laut
Khasiat: mengelak rosaknya saraf membentu pembentukan sel darah merah membuat lancar metabolisme sistem tubuh merubah karbohidrat, protein serta lemak jadi tenaga yang jelas, makan makanan berkhasiat.
Tuesday, 24 September 2013
Vitamin A
Vitamin A atau dikenal juga dengan nama Retinol merupakan vitamin yang sangat diperlukan tubuh. Selama ini, kebanyakan dari kita hanya mengenal vitamin A sebagai vitamin yang berfungsi menjaga kesihatan mata, sehingga ia dikenali sebagai vitamin mata. Namun sebenarnya, fungsi dari vitamin ini sangatlah banyak.
Vitamin A merupakan vitamin yang larut dalam lemak. Didalamnya terdapat Retinol yang mempunyai peranan paling banyak dalam tubuh.
Berikuti ini adalah beberapa manfaat vitamin A:
Vitamin A sangat berperanan dalam pembentukan deria penglihatan. Vitamin ini akan membantu mengubah isyarat molekul dari sinar atau cahaya yang diterima retina untuk menjadi suatu unjuran gambar di otak kita.
Vitamin A boleh membantu sel untuk membiak secara normal. Jika sel-sel tersebut tidak membiak secara normal, boleh berubah menjadi pra-kanser.
Vitamin A juga sangat baik bagi ibu hamil. Kerana dapat membantu pertumbuhan dan perkembangan embrio dan janin, serta akan mempengaruhi gen untuk perkembangan organnya.
Vitamin A melindungi tubuh dari inveksi organisma asing seperti bakteria patogen. Vitamin ini akan meningkatkan aktiviti kerja dari sel darah putih dan antibodi di dalam tubuh, sehingga tubuh menjadi lebih tahan terhadap kompaun toksin ataupun serangan mikroorganisma parasit
Pelbagai Peranan Vitamin A dalam tubuh, seperti berikut:
- Penglihatan
- Penyalinan Gen
- Fungsi imunisasi
- Perkembangan janin dan pembiakan
- Metabolis tulang
- Haematopoiesis
- Kesihatan kulit
- Aktiviti antioxidant
Sumber Vitamin A
- Lobak Merah. Sayur-sayuran berwarna oren ini memang kaya akan vitamin A. Satu lobak saiz sedang mengandung 200% daripada keperluan rata rata vitamin A orang tiap hari. Selain itu juga lobak mengandungi vitamin C, K, dan B, juga magnesium dan serat.
- Salad. Satu cawan salad yang diparut mengandung 361 IU vitamin A dan 10 kalori.
- Ubi Jalar. Ubi jalar menyediakan 438% daripada keperluan rata-rata orang dewasa. Iaitu untuk saiz ubi jalar sedang mengandung 21909 IU.
- Minyak hati ikan Kod. Minyak hati ikan kod mengandungi banyak vitamin dan mineral diantaranya adalah vitamin D, omega 3 dan vitamin A. Satu sudu makan minyak hati ikan kod mengandungi 14000 IU vitamin A
- Lada Merah. Rempah rempah ini menambah rasa makanan dan tentu menambah vitamin A. dalam 1 sudu makan lada merah terkandung 2018 IU vitamin A atau kira-kira 42% keperluan sehari vitamin A
- Hati Ayam Belanda. Dalam 100 gram hati ayam belanda penuh dengan 75333 IU vitamin A atau 1507% dari nilai harian rata rata keperluan vitamin A.
- Lada. Satu sudu menyediakan 69% daripada jumlah harian vitamin A yang disyorkan. Lada juga merupakan sumber Vitamin C, kalium dan kalsium
- Mangga. Buah yang terasa manis ini dalam 1 cawan hirisan mangga menyediakan kira-kira 1785 IU atau sekitar 36% daripada keperluan rata-rata harian vitamin A.
- Susu. Secawan susu mengandungi pelbagai nutrisi seperti kalsium, protein, Vitamin D dan A. I cawan susu mengandungi 395 IU vitamin A.
- Butternut. Warna kuning-oren butternut adalah tanda tinggi dalam beta karotena, yang ditukar menjadi Vitamin A dalam tubuh. Dalam 1 cawan butternut mengandung 22868 IU vitamin A
- Kacang Pea. Satu hidangan kacang pea (setengah cawan) menyediakan 134% dari jumlah rata-rata harian Vitamin A yang disyorkan.
- Lobak Putih. Satu cawan lobak yang dicincang mengandungi 6373 IU vitamin A.
- Buah Aprikot kering. satu cawan kering aprikot mengandungi 94% daripada jumlah rata-rata harian Vitamin A yang disyorkan.
- Tomato. Sebuah tomato ukuran sedang 20% daripada keperluan Vitamin A untuk sehari. Tomato juga merupakan sumber Vitamin C dan Likopen.
- Bayam. Satu cawan bayam mengandungi 2464 IU vitamin A. atau sekitar 49% keperluan harian vitamin A. Selain itu bayam mengandungi Vitamin C, Vitamin K, mangan, besi, dan kalsium .
- Betik. Sebuah betik saiz kecil mengandungi 1444 IU Vitamin A (29% DV). Buah tropika ini juga kaya beberapa vitamin, mineral, enzim, dan antioksidan.
- Hati Lembu. 100 gram hati lembu mengandungi lebih dari 300% daripada pengambilan Vitamin A penting untuk sehari (16898 IU)
Monday, 8 July 2013
Hidung: Alat Deria Hidu
Pernahkah kamu mencium aroma sedap atau bau harum? Ketika melalui kawasan penjual makanan, kita akan tehidu aroma masakan yang sedap. Begitu juga ketika melalui taman bunga yang sedang mekar, tentu aroma harum dan wangi akan terhidu melalui. Tidak terkecuali semasa melalui kawasan longgokkan sampah yang sudah membusuk, bau yang tidak sedap akan menyengat ke dalam hidung.
Di bahagian bawah dibahagikan oleh penyekat dari tulang rawan. Rongga hidung ditumbuhi rambut yang berfungsi untuk menyaring udara yang masuk ke hidung. Hidung juga menghasilkan lendir melekat yang berfungsi mengeluarkan kotoran.
Bahagian-Bahagian Hidung dan Fungsinya
- Lubang hidung berfungsi untuk keluar masuknya udara
- Rambut hidung berfungsi untuk menyaring udara yang masuk ketika bernapas
- Selaput lendir berfungsi tempat menempelnya kotoran dan sebagai indra pembau
- Serabut saraf berfungsi mendeteksi zat kimia yang ada dalam udara pernapasan
- Saraf pembau berfungsi mengirimkan bau-bauan yang ke otak
Cara kerja hidung adalah sebagai berikut.
Rangsang (bau) --> lubang hidung --> epitelium olfaktori --> mukosa olfaktori --> saraf olfaktori --> talamus --> hipotalamus --> otak.
Petunjuk
1. Rongga Hidung
2. Saraf yang menghubungi ke otak3. Tulang kerang hidung atas
4. Tulang kerang hidung tengah
5. Tulang kerang hidung bawah
Apakah yang menyebabkan bersin?
Jika lubang hidung kemasukan suatu kotoran, maka selaput lendir akan terangsang sehingga menimbulkan rasa geli. Oleh kerana itu, terjadilah bersin sehingga kotoran akan terbawa keluar. Di rongga hidung bahagian atas terdapat sel-sel reseptor atau ujung-ujung saraf pembau. Ujung-ujung saraf pembau ini timbul bersama dengan rambut-rambut halus pada membran mukus yang berada di dalam rongga hidung bahagian atas.
Pernahkah kamu sakit flu? Saat menderita flu, bolehkah kamu mencium bau dengan baik? Tentu saja kamu tidak dapat membau dengan baik. Mengapa demikian? Kerana selaput hidung yang membengkak dan berlendir menyebabkan indra pembau tertutup oleh lendir. Akibatnya, indra pembau tidak dapat menerima rangsang bau dengan baik. Jika kamu sakit flu, maka apa yang akan kamu lakukan agar hidungmu dapat berfungsi normal kembali?
Cara Kerja Hidung
Bagaimana proses hidung membau suatu aroma atau bau? Sebagai benda gas, bau berbaur menjadi satu dengan gas-gas yang lain di dalam udara. Saat kita menghirup udara pernafasan, bau tersebut ikut masuk ke dalam hidung. Di rongga hidung, bau akan larut di dalam lendir. Selanjutnya, rangsangan bau akan diterima oleh ujung-ujung saraf pembau serta diteruskan ke pusat penciuman dan saraf pembau. Oleh otak, rangsang tersebut ditanggapi sehingga kita dapat mencium bau yang masuk hidung.
Kelainan pada Hidung
Sebagai indra pembau, hidung boleh mengalami gangguan. Akibatnya, kepekaan hidung menjadi berkurang atau bahkan tidak dapat mencium bau suatu benda. Contoh gangguan-gangguan yang dialami hidung, antara lain, selsema (tersumbatnya saluran pernafasan), polip (daging tumbuh di dalam rongga hidung), dan rusaknya saraf pembau akibat kecederaan pada kepala.
Memelihara Kesihatan Hidung
Hidung yang sihat akan berfungsi dengan baik. Beberapa cara merawat hidung agar tetap sihat, antara lain, sebagai berikut.
Pembersihan hidung secara rutin. Sebaiknya kita membersihkan hidung setiap hari. Hidung menjadi kotor kerana udara yang kita hirup mengandung debu. Membersihkan hidung sebaiknya menggunakan kapas.
Menutup hidung saat berada pada lingkungan yang kotor. Misalnya, persekitaran yang berdebu, banyak asap rokok, dan asap kenderaan.
Segera berobat ke dokter jika mengalami gangguan pada hidung. Gangguan dalam waktu lama boleh merosakkan fungsi hidung.
Thursday, 4 July 2013
Resepi Bubur Nasi Ciptaan Abah Semasa Saya Demam
Minggu ini saya, Qistina, Baby Muhammad termasuk Abah mengidapi demam dan batuk batuk. Abah dan Mama sangat risau tentang kesihatan kami. Saya yang paling teruk demam. Abah sukat suhu saya selalu. Suhu\ badan saya antara 39°C hingga 40.5°C. Selera makan saya sudah kurang. Abah kata kakak perlu makan, untuk menambah tenaga bagi melawan demam. Saya meminta abah memasak bubur nasi. Abah bersetuju. Setelah bubur nasi masak saya makan dengan selera. Saya minta abah salin resepi tersebut untuk saya masukkan kedalam blog. Untuk kegunaan saya bila abah, mama dan adik saya demam nanti. Beikut adalah resepinya
- Daging ayam secukupnya dipotong kecil.
- ½ gemgam ikan bilis
- 1 biji ubi kentang dipotong dadu
- 1 batang karot dipotong dadu
- 3 biji bawang putih dihiris nipis
- 5 biji bawang merah dihiris nipis
- 1 inci halia dihiris halus
- 2 sudu besar rempah sup
- 2 cawan beras dibasuh dan direndam dari 5 hingga 10 minit
- Lada sulah dan lada hitam untuk rasa sedikit pedas (supaya selera). Abah kata lada hitam amat berguna untuk membunuh virus.
- 1 ketul chicken kiub
- Sedikit garam.
- Daun sup.
Langkah-langkah memasak
- Tumis bawang merah bersama-sama daging ayam dan ikan bilis dengan api perlahan.
- Apabila sudah 5 minit masukan 2 cawan air, kemudian masukan rempah sup, bawang putih dan halia.
- Apabila rempah tersebut sudah masak dan berbau harum masukan kentang dan karot dan tambahkan air. Dan masukan 1 ketul chicken kiub
- Kemudian masukan garam, lada sulah dan lada hitam secukup rasa supaya ia menyelerakan.
- Kemudian masukan beras dan tambah air secukup dan masak sehingga nasi menjadi bubur.
- Apabila siap masak bolehlah hiding bersama daun sup… menyelerakan… cubalah
Subscribe to:
Posts (Atom)